Sejak semalam, media sosial dibanjiri dengan berita perkahwinan antara adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat bersama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan. Susulan itu, Kosmo Online! ada meminta bekas pemain bola sepak itu untuk mengulas mengenai isu ini. Walau bagaimanapun, beliau seperti terlalu sibuk untuk menjawab persoalan itu.
“Maaf saya tengah meeting (dalam mesyuarat).”
Kata sumber lagi, selepas meletakkan telefon, Zainal Abidin dikatakan gagal menerima panggilan telefon dan WhatsApp. Sumber melaporkan bahawa panggilan itu dibuat berkenaan dengan satu desas desus yang mengatakan bahawa Zainal Abidin masih lagi berstatus suami orang.
Ia susulan dengan satu video di TikTok yang telah mendakwa perkara tersebut dengan menyatakan bahawa Zainal Abidin bukanlah berstatus duda.
“Tak baik yang sorang tu claim suami barunya ‘duda’ walhal Datuk Zainal Abidin Hassan masih bersama Isteri pertamanya ..tabah ya Datin..”
Malam tadi, Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 30, mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan Zainal.
“Alhamdulillah, saya telah bernikah. Harap doakan saya dan keluarga,” katanya ketika ditemui usai program realiti, Famili Duo.
Namun begitu, Fyna enggan mengulas lanjut secara terperinci mengenai hal perkahwinannya.
Baca : Sudah Bergelar Ibu, Ayda Jebat Tak Nak Terima ‘Job’ Berlakon Babak Mesra Bersama Lelaki