Semakin hari semakin banyak perkara terbongkar pasal skandal 1MDB dan makin ramai yang berani bersuara tentang hal ni sejak kerajaan Barisan Nasional tidak lagi berkuasa.
Menurut WORLD OF BUZZ, terdapat beberapa sumber tampil dan mendakwa bahawa ada seorang ahli Parlimen dari Barisan Nasional pernah mendekati penyiasat-penyiasat yang terlibat dengan siasatan dana 1MDB untuk berunding dengan mereka.
Secara kebetulan, penyiasat-penyiasat itu kemudiannya dipecat pada tahun 2015. Namun, sebelum penyiasat-penyiasat terbabit dibuang, ahli Parlimen BN itu dipercayai menawarkan sekurang-kurangnya RM3 juta supaya mereka hentikan siasatan berkaitan kes 1MDB.
Salah seorang sumber memberitahu bahawa ahli Parlimen tersebut terkenal sebagai seorang yang boleh menyelesaikan hal-hal macam ni.
“Ahli Parlimen tu memang dikenali sebab boleh settle perkara macam ni untuk pegawai-pegawai atasan dalam kerajaan sebelum ni. Ahli Parlimen tu pernah personally bawa satu beg penuh dengan wang tunai dan tawarkan pada bos saya,” kata sumber berkenaan.
“Tapi sebagai balasan, bos saya kena abaikan kes tu. Semua usaha yang dibuat supaya bos saya terima tawaran tu semuanya ditolak. Lepas tu bos saya kena buang kerja. Ancaman dan ugutan bunuh memang mula serta merta lepas tu.”
Sumber itu juga ada mendedahkan bahawa ahli Parlimen tersebut mengugut untuk mengupah sekumpulan samseng dari negara jiran untuk menakut-nakutkan ketuanya dan keluarga. Seorang lagi sumber pula memaklumkan bahawa ahli Parlimen yang sama pernah cuba untuk ‘menasihati’ mereka supaya berhenti menyiasat kes tersebut.
“Kenapa bazirkan masa dan tenaga untuk siasat kes ni? Dengan duit ni kamu boleh bina hidup baru,” kata ahli Parlimen tersebut, menurut sumber.
Ahli Parlimen itu juga turut menawarkan elaun bulanan dan tempat kediaman percuma untuk keluarga pegawai-pegawai itu. Sebelum ini, ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull ada memaklumkan perkara yang lebih kurang serupa dengan kisah yang dikongsikan sumber.
Apa agaknya rahsia besar yang tersembunyi di sebalik 1MDB ni sampai sanggup bayar berjuta-juta hanya sebab nak siasatan dihentikan?
Baca: “Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM pembelot, pengkhianat” – Shukri