in

“You OK ke Uncle?” – Mula-Mula Tengok Uncle Tu Sedih, Tiba-Tiba Berdiri Bulu Roma

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan e-hailing bukan lagi satu perkara asing lagi di negara ini terutamanya di bandar-bandar utama.


Ia sangat mudah digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada telefon bimbit, sama ada untuk gunakan servis atau membuat kerja part-time.

“Sikijap ah, suami saya tulun sikijap lagi”

Berkongsi pengalamannya di Facebook, Kamarul Ariffin berkata pelanggannya lambat tiba ke kereta sewaktu dia berada di pickup point.

Masa menunggu, muncul seorang wanita memberitahu suaminya akan turun sebentar lagi.

Grab
sumber: facebook

Mereka pun bertolak ke destinasi iaitu sebuah hospital selepas meminta maaf.

Isteri terkebil-kebil tengok suami

Kebiasaannya, penumpang akan berdiam diri bermain telefon tapi bukan lelaki itu. Dia termenung je ke luar.

Si isteri pula terkebil-kebil tengok suaminya tanpa berkata apa-apa semasa Kamarul melihat mereka di cermin pandang belakang.

Suami Menangis
gambar hiasan

Tiba-tiba ada orang menangis sedu-sedan. Makin lama makin kuat. Alamak, uncle tu lah!

Risau dengan keadaan penumpangnya, Kamarul bertanya sama ada Uncle ok atau tak.

“Saya sangat sedih,”

“Kenapa you sedih, uncle?” 

“Bini saya sulah tak ada..”

“Tak ada?”

“Ya. Dia sulah mati…”

Terkejut, Kamarul terus perhati balik dalam cermin. Si isteri letak jari dia di mulut sambil gelengkan kepala, minta Kamarul senyap.

“Saya sulah tak tau macam mana mau hidup satu orang..”

Confused dengan apa yang berlaku, Kamarul terus toleh kepala ke belakang dan memang ada Uncle seorang je!

60491524 10157230273653351 2611911411042877440 O
sumber: facebook

Terus dia jadi fokus tak fokus bawa kereta. Bulu roma dah tegak, jantung berdegup laju. Seram oii!

“Saya sulah tak tau macam mana mau hidup satu orang.”

Sedih la pulak tiba-tiba Uncle kata macam tu. Daripada seram terus jadi hiba.

“Jangan risau, uncle. Dia akan sentiasa ada dengan uncle selagi uncle ingat dia.”

Confident je Kamarul yakinkan Uncle tu walaupun dalam hati sedikit risau.

Rupanya, Uncle nak ke hospital untuk lihat jasad mendiang isteri. Hmm..

Tak pastilah sejauh mana kebenaran cerita ni. Tapi nampak gaya ramai dapat manfaat servis e-hailing ni kan?

Baca: Siapa Penumpang Misteri Dalam Grab?

Grab

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.