Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan sekumpulan sekolah berasrama penuh yang dikelolakan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Terbaru, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan ‘terjahan’ ke dewan makan MRSM, Taiping, Perak.
Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Guru Pedofilia Di MRSM Tumpat, Polis Kini Sedang Jalankan Siasatan
Artikel berkaitan: Golongan Kaya Pilih Hantar Anak Ke MRSM Sebab Nak Anak Belajar Erti Susah
Namun, apa yang mengejutkan keadaan tempat penyediaan makanan dewan makan itu berada dalam keadaan yang sangat kotor, malah terdapat tahi cicak serta haiwan perosak seperti tikus.
Terjah ke Dewan Selera MRSM Taiping, Perak setelah menerima aduan mengenai kes keracunan makanan.#fyp #MerakyatkanMARA #MARAGemilang
Full Video:https://t.co/pYO0If1UcA pic.twitter.com/5GXxCtRc7o
— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) September 5, 2024
Difahamkan, beliau meninjau keadaan penyediaan makanan berikutan seramai 31 pelajar mengalami keracunan sehingga dikejarkan ke hospital pada 30 Ogos lalu.
“Ini dikatakan ikan tenggiri? Dalam menu yang ditetapkan oleh Mara, menu makan malam ialah ikan tenggiri.
Antara piawaian itu adalah pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur berada di tahap yang tidak memuaskan,” katanya.
Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu memaklumkan bahawa ada pelajar membongkar kemalangan sama pernah berlaku tahun lalu mengakibatkan sehingga 50 murid terkesan dengan keracunan makanan.
Difahamkan, pengusaha dewan makan itu diberi tempoh sehingga Jumaat untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan atau tindakan selanjutnya akan dikenakan.
Sumber: Sinar Harian, X