in

Yang Pertama Di Dunia! Restoran Nasi Kandar Pandu Lalu Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda ialah seorang penggemar nasi kandar dan menetap di Pulau Pinang, ada satu berita baik untuk anda!


Restoran Nasi Kandar Hussain dilaporkan bakal membuka cawangan restoran berkonsepkan pandu lalu atau ‘drive thru’. Restoran nasi kandar pandu lalu ini adalah yang pertama di dunia dan dilaporkan bakal dibuka di Caltex Sungai Dua, Pulau Pinang.

Berita gembira ini diumumkan sendiri oleh Facebook Hussain Drive Thru Nasi Kandar selepas mereka memuat naik beberapa gambar rekaan restoran pandu lalu itu. Sekilas pandang, dah macam drive thru McDonald’s pun ada!

3 5

2 6

1 7

4 3

Buat anda yang masih kurang jelas dengan konsep restoran nasi kandar ini, konsep ini adalah sama seperti restoran makanan segera McDonald’s dan KFC. Pelanggan boleh membuat pembelian dengan hanya duduk di dalam kereta tanpa perlu keluar beratur di dalam kedai. Mudah dan pantas!

Beberapa perkongsian daripada netizen mengenai pembukaan restoran nasi kandar pandu lalu ini juga tular dan mendapat perhatian ramai. Berdasarkan gambar yang dikongsi, restoran ini nampak seperti hampir siap dan bakal dibuka tidak lama lagi. Bagaimanapun, tarikh sebenar pembukaan restoran masih lagi belum diumumkan oleh pihak Hussain Drive Thru Nasi Kandar.

Sempena dengan pembukaan cawangan baru ini, Hussain Drive Thru Nasi Kandar ada memuat naik iklan berkenaan jawatan kosong di restoran pandu lalu mereka. Buat anda yang berminat, boleh mohon di nombor yang tertera.

6

BACA: Restoran Ini Tawar Pizza Cendol Sebagai Resipi Baru, Siapa Berani Cuba?

Cats 12

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.