in

Restoran Ini Tawar Pizza Cendol Sebagai Resipi Baru, Siapa Berani Cuba?

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Burger durian, ayam goreng coklat, aiskrim nasi lemak dan banyak lagi.



Sering kali kita melihat resipi baru dan pelik yang dicipta oleh rakyat Malaysia. Meskipun nampak sedikit pelik dan kurang menyelerakan, namun menu-menu pelik ini tetap mendapat sambutan orang kita.

Terbaru, hasil gabungan dua menu ini pasti buat anda terkejut dan tak sabar untuk mencuba rasanya. Restoran US Pizza dan Penang Road Famous Teochew Chendul baru sahaja berkolaborasi untuk menghasilkan menu baru iaitu Penang Chendul Pizza!

Ya, anda tidak salah baca, Penang Chendul Pizza adalah hasil gabungan cendol dan pizza!

😱 AN UNEXPECTED COMBO APPEARS! 😱A timeless Malaysian dessert meets US Pizza! With fresh pandan flavored chendul…

Posted by US Pizza Malaysia on Rabu, 2 September 2020

Berdasarkan penerangan US Pizza di laman Facebook mereka, Penang Chendul Pizza ini akan dihiasi dengan bahan-bahan yang ada pada cendol seperti santan, gula melaka, jagung dan kacang merah.

1 6

Buat anda yang mahu cuba Penang Chendul Pizza ini, serbu US Pizza dengan kadar segera kerana menu ini hanya disediakan dalam tempoh yang terhad!

Harga untuk Penang Chendul Pizza bersaiz 9 inci hanyalah RM38. Berbaloi untuk keunikan rasa gabungan dua menu kegemaran rakyat Malaysia ini.

Siapa berani cuba?

 

BACA: “Rasa macam nak muntah, sakit perut” – Netizen Ngeri Tengok Video Viral Burger Durian Musang King!

Capture 14

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.