in

“Yang mabuk rempuh orang tak nak pulak denda” – Netizen Tak Setuju Penjaja Lampu Isyarat Dikenakan Denda RM100,000 di Terengganu

Jual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial lepas muncul berita yang mengatakan kerajaan Terengganu akan mengenakan hukuman penjara dan denda RM100,000 bagi penjaja di lampu isyarat. 


Menurut portal TeganuKita, satu operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi menggempur penjaja jalanan di persimpangan jalan akan diadakan di seluruh Terengganu bermula 22 Disember hingga 31 Disember nanti.

“Kerajaan negeri telah memutuskan operasi akan dilaksanakan bermula sekarang sehingga 31 Disember bagi fasa pertama dalam usaha memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya,” kata Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik.

Penjaja Lampu Isyarat Akan Dikenakan Denda Rm100K Penjara Jika Didapati Bersalah
sumber: blog

 

“Yang mabuk bawak kereta rempuh orang sampai maut tak nak pulak denda RM100,000!” 

Penguatkuasaan undang-undang ini walau bagaimanapun tidak mendapat sokongan daripada netizen.

Malah ramai yang mengecam tindakan ini kerana kerajaan dianggap bertindak kejam dan tidak berhati perut dengan meletakkan nilai denda yang sangat tinggi buat penjaja tersebut. Yelah kan RM100,000 kot… 

Jaja
sumber: twitter

 

“Aku orang Terengganu pun tak berapa setuju… nak cari rezeki tak salah tapi dengan cara betullah” 

Macam manapun, ada juga di kalangan netizen menjelaskan bahawa tindakan kerajaan Terengganu ni betul sebab keselamatan penjaja dan pengguna jalan raya dalam bahaya kalau perkara ni masih berterusan.

Bayangkan kalau ada yang masih membeli masa lampu isyarat dah hijau… hmm bahaya jugakkan? 

Tepi Jalan
sumber: twitter

 

Bukan kena denda RM100,000 terus tapi… 

Dalam pada itu, kerajaan Terengganu juga bukannya akan denda penjaja ni ‘selepuk’ RM100,000 macam gitu je.

Penjaja ni katanya akan dikenakan kompaun sebanyak RM200 atas kesalahan mereka terlebih dahulu. Jika didakwa di mahkamah, barulah akan dikenakan denda RM100,000 dan penjara.

“Hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas antaranya kompaun sekurang-kurangnya RM200 dan sekiranya didakwa di mahkamah, hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara selain rampasan barang akan dibuat,” kata Wan Hapandi.

Penjaja Jalanan 1 1536X1171 1
sumber: the vocket

Dalam pada itu, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) juga katanya telah menawarkan inisiatif berbentuk tawaran pinjaman buat para penjaja untuk membolehkan mereka terus berniaga dengan cara yang lebih baik sebagai ganti kepada perniagaan yang tak dibenarkan ni.

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Min rasa ada sebab musabab jugak kerajaan Terengganu buat macam ni. 

Baca: “Kalau report kang kacau periuk nasi orang” – Netizen Tak Puas Hati Parking CIMB Senawang Kena ‘Conquer’ Dengan Peniaga?

Niaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.