in

“Yang lain tengok je?” – Tular Video Bertumbuk Ala ‘Muay Thai’, Polis Buru 2 Pelajar

Gaduh Muay Thai

Kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak kes buli serta pergaduhan di sekolah yang dirakamkan kemudiannya tular. Ianya bukan sahaja memburukkan nama sekolah, malah ia juga meningkatkan kerisauan ramai terutama sekali kepada ibu bapa.

Terbaru, pihak polis kini sedang memburu dua orang pelajar sekolah susulan tular sebuah video yang memaparkan kedua-dua mereka sedang bertumbuk dengan sangat agresif.

Lebih merisaukan, dalam video berkenaan kelihatan dua pelajar itu sedang bergaduh di sebuah padang dan terdapat sekumpulan pelajar lain yang hanya melihat perkara itu berlaku serta tidak meleraikan kedua-dua mereka.

Cats 20

Video penuh klik di sini

Artikel berkaitan: ‘Geng’ Bergaduh Depan Restoran, Punca Sebab Saling Menyindir Di Media Sosial?

Artikel berkaitan: Kes Pelajar Dipukul: Kakak Mangsa Dedah Kisah Sebenar, Adik Takut Mengaku Dibuli

“Yang lain tengok je?” 

Insiden tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata memberikan kecaman terhadap perlakuan dua pelajar itu malah ramai yang mempersoalkan mengapa ‘penonton’ yang berada di situ tidak mengambil apa-apa tindakan.

Cats 19

Menurut laporan Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan sudah menerima laporan berhubung insiden dua remaja lelaki yang bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata rakaman itu membabitkan dua pelajar berusia lingkungan 14 hingga 15 tahun.

“Satu laporan berhubung kejadian dibuat 11.18 pagi, dan kedua-dua suspek adalah pelajar dari sebuah sekolah menengah di Ketereh.

Hasil siasatan, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek,” katanya.

Difahamkan, kesemua remaja yang terbabit dalam insiden tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan saksi diminta tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi Inspektor Nur Asminda Mohd Apandi di talian 017-2509251 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro, Twitter

Sumber: Twitter