Walaupun China telah “memboikot” Mesut Ozil selepas dia bersuara menentang layanan kerajaan di sana terhadap etnik Uighur, ia tetap tak dapat menutup mulut orang ramai dari terus membicarakan isu ini.
Baru-baru ini, juara dunia UFC kategori light weight, Khabib Nurmahomedov juga turut menyatakan sokongannya kepada etnik Uighur yang ditindas ini.
Menurut CNN Indonesia, Khabib telah kongsikan satu video dari akaun Instagram islam.video.hadisy ke IG storynya beserta kapsyen di dalam bahasa Rusia.
Ya Allah, berilah kemudahan untuk para saudara kami di Uigur.”
Di dalam video yang dikongsi Khabib ini, ia membicarakan tentang kem tahanan tanpa bicara yang menempatkan umat Islam Uighur di Xinjiang.
Khabib yang terkenal dengan panggilan Si Helang ini memang dikenali sebagai seorang individu yang sering bercakap mengenai hal-hal ketuhanan dan Islam.
Nampaknya, Khabib telah menyahut seruan Ozil yang meminta umat Islam untuk bersuara dan tak berdiam diri sedangkan “Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah Islam, madrasah diharamkan, ulama dibunuh seorang demi seorang”.
Ekoran dari kenyataannya pemain bola tersebut, dia telah dikeluarkan dari pasukan Arsenal dalam permainan video Pro Evolution Soccer (PES) 2020 versi China kerana didakwa membuat kenyataan melampau tentang China seterusnya melukakan perasaan peminat China.
Apa-apa pun, admin harap orang-orang yang mempunyai nama besar di dunia macam Ozil dan Khabib ni dapat terus bersuara menentang kezaliman pemerintah di China ini.
Baca: “Zalim kalah Firaun!” – China Dituduh Bunuh Muslim Uighur Di Kem Tahanan & Ambil Organ Untuk Dijual