in

‘Healing’ Hujung Minggu: 5 Port Best Korang Kena Pergi Di Hulu Rening!

hulu rening tempat menarik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kesibukan menghadap kerja setiap hari dan sering berhadapan dengan stress akibat trafik sesak, korang pasti mengimpikan sebuah suasana yang tenang bagi meredakan rasa penat badan dan minda.

Oleh itu, bagi korang yang tinggal di bandar, korang wajib mendekatkan diri dengan alam semulajadi yang dikelilingi hutan hijau, sungai yang jernih dan udara yang segar.


WhatsApp Image 2021 10 14 at 18.25.13

Tempat yang sesuai untuk sesi ‘healing’ ini sudah pastinya di Hulu Rening yang terletak di Batang Kali, Selangor. Tak jauh pun daripada Lembah Klang, korang cuma perlu travel sejauh satu jam je untuk dapatkan suasana yang menenangkan.

Berikut lima port menarik yang korang wajib singgah bila berkunjung di kawasan ini:

1. Sungai Hulu Rening 

Bunyi air sungai yang bebas mengalir di dalam hutan sudah cukup membuatkan jiwa yang kaku menjadi segar bugar semula. Air sungai di kawasan ini yang sejuk, bersih dan juga tenang sesuai untuk korang lakukan aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah dengan ahli keluarga.

Bayangkan suasananya ketika korang duduk di batu dan minum kopi panas sambil chill melihat keindahan sungai. Seronok, kan? 

296483835 10158331738836887 8449831908713313329 n

Korang juga boleh bawa tikar dan makanan sendiri ketika berkelah di sini. Lagi best kalau datang waktu pagi!

2. Kolam Air Panas Hulu Tamu 

Selain mandi-manda di sungai, korang juga boleh singgah ke Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak tak jauh dari Hulu Rening.

lokasi ulu tamu waterspring 1024x578 1

Kolam air panas ini sesuai bagi korang yang datang bercuti seisi keluarga dan ia juga terbuka kepada umum dengan bayaran masuk yang murah.

Salah satu kelebihan mandi kolam air panas ini, korang boleh relaks dan legakan badan yang lenguh-lenguh setelah seminggu penat bekerja. Seronok tau berendam pada waktu pagi atau malam yang sejuk-sejuk tu. 

3. Pekan Kuala Kubu Bharu 

Ketika dalam perjalanan pergi atau balik dari Hulu Rening, korang pasti melalui Pekan Kuala Kubu Bharu.

Kalau ada masa, bolehlah singgah ke pekan ini yang mempunyai pelbagai spot menarik seperti kedai kopi hipster, Menara Jam KKB, dan kawasan mural yang cantik untuk korang berOOTD.

PEKAN KKB 1.jpg

Korang boleh juga beli bekalan makanan atau lunch di sini sebelum masuk ke chalet di kawasan Hulu Rening yang agak ‘off-grid’.

Dekat sini ada banyak kedai makan berkonsepkan ala-ala desa dan dapat puaskan ‘craving’ korang kepada masakan kampung. Kat sini jugak ada cendol yang best tau! Wajib cuba!

unnamed 1

Artikel berkaitan: “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia

Artikel berkaitan: “Boleh tenangkan fikiran” – 6 Tempat Menarik ‘Back to Nature’ di Semenanjung Kita Boleh Pergi Lepas Pandemik Covid-19

4. Naik ATV off-road di Hulu Rening

Kalau nak buat aktiviti mencabar dan pada masa yang sama masih ditemani kicauan unggas serta kehijauan alam, korang boleh juga sewa ATV di sini.

Ada beberapa tempat di Hulu Rening yang menyediakan aktiviti ATV off-road dengan laluan yang boleh tahan mencabar. Korang boleh lakukan aktiviti ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Terdapat beberapa pilihan pakej untuk korang yang gemarkan aktiviti ini. Ada juga melalui JKKK kampung yang menawarkan harga bermula RM120 untuk setiap ATV. Untuk pakej ini, setiap ATV boleh dinaiki oleh 2 orang selama sejam melalui kawasan kebun, hutan, dan sungai.

Ada juga yang siap bawa AJK masjid naik ATV di Hulu Rening macam video kat bawah ni.

5. 82 Rening

Dah plan nk buat semua aktiviti di atas tapi tak tahu nak menginap kat mana? Apa kata korang ‘check-in’ di 82 Rening yang menyediakan penginapan bagi korang yang mencari privasi, ketenangan dan lebih dekat dengan alam tanpa gangguan hiruk pikuk bandar.

Tempat penginapan ini sesuai bagi korang yang nak bercuti dalam small group dan nak berhu-ha tanpa gangguan ramai.

240676027 792118738942782 249963866924144000 n

Terletak hanya 3 minit daripada kawasan sungai, antara tarikan menarik di sini:

Rumah penginapan lengkap dengan dapur dan kemudahan BBQ 

Villa Khatijah 

Kalau nak resort yang paling private, siap dengan pool dan pemandangan yang cantik, korang bolehlah duduk di Villa Khatijah. Villa ini mempunyai empat bilik yang siap dengan bilik mandi dan pendingin hawa. Sesuai untuk group besar antara 16 ke 20 orang.

20250410 153250 700x466 1

Villa-villa yang seterusnya ini pula mempunyai tiga bilik dan sesuai untuk didiami 9 hingga 12 orang dewasa.

Yang best tu, semua villa ni ada balcony sendiri, siap ada view pokok-pokok menghijau. Ketiga-tiga villa ini berkongsi kolam renang yang sama dan terletak di tengah kawasan yang sangat mendamaikan. Fuh.. Tenang betul!

Villa Fariq 

Screenshot 2025 04 25 at 8.16.22 PM 1024x682 1\

Villa Farina 

20250329 115049 700x466 1

Villa Fahima 

20250329 115055 700x466 1

‘Explore’ aktiviti menarik seperti mini golf, memanah, gym, ping pong dan berbasikal

Selain tempat penginapan yang selesa, korang juga boleh lakukan aktiviti menarik yang disediakan 82 Rening seperti mini golf, memanah, berbasikal, bermain ping pong, gym dan permainan board games yang boleh dimain secara indoor.

Screenshot 2025 06 25 at 10.04.33 AM

Screenshot 2025 06 25 at 10.06.33 AM

Screenshot 2025 06 25 at 10.07.15 AM

IMG 5105

IMG 1266

Suasana redup dan hijau, sesuai untuk photoshoot nature 

Seperti yang admin dah sebut tadi, 82 Rening ini dikelilingi suasana kehijauan dan jauh dari kesibukan kota. Bagi korang yang berminat dengan photoshoot nature, tempat ini memang sesuai dengan korang.

IMG 1251

IMG 1250

IMG 1268

IMG 5113

82 Rening ternyata hidden gem yang tidak ketahui ramai dan kalau korang sukakan vibe tenang dan penuh dengan kehijauan, inilah tempatnya! Untuk info lebih lanjut mengenai tempat penginapan ini atau nak booking, korang boleh saja ke website atau check out Instagram @82rening.

Selamat ber-healing!

Sumber: 82 Rening

Sumber: Blogspot
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.