in

WOW! Jenama Mewah Burberry Perkenalkan Mask Dengan Harga RM490 Sehelai. Apa Yang Istimewanya?

Bb 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keadaan pandemik COVID-19 ini pelbagai pihak mula menghasilkan ‘face mask’ memandangkan penggunaannya telah diwajibkan dalam suasana norma baharu ini.


Satu jenama terkenal Burberry telah memperkenalkan koleksi mask mereka dengan harga £90 bersamaan RM490! Mahal kan?

B1 2 2

Jenama itu mengumumkan pelancaran koleksi tersebut pada Khamis. Namun, tarikh sebenar jualan di pasaran masih belum diketahui.

 

Apa yang istimewanya mask ini sampai mencecah harga ratusan ringgit?

Menurut laporan The Guardian, penghasilan mask ini mementingkan kelestarian alam dengan menggunakan fabrik terbuang dan menerapkan teknologi antimikrob.

Pelitup muka ini juga hadir dalam dua warna yang menarik iaitu biru dan kuning air. Apa yang menariknya lagi, dengan setiap pembelian mask ini juga pembeli akan diberi beg kecil bagi tujuan penyimpanan.

B 3 1 B3 3

Membeli sambil menderma

Burberry memaklumkan 20% dari hasil jualan mask ini akan disumbangkan kepada Tabung Komuniti Yayasan COVID-19. Tabung ini juga telah banyak membantu dalam memberi sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19, malah turut menyumbangkan dana bagi penyelidikan vaksin.

 

Korang sanggup ke beli tak mask ni? 

Baca: “Pakai Hermes, DIOR, LV. Takkan tak mampu?” – Bekas Peserta Program Realiti Astro Kantoi Curi Pakaian Berjumlah RM5,000!

B4

Sumber: Burberry
Sumber: Burberry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.