in

“Worst thief ever!” – Pencuri Pulangkan Balik ‘Smartphone’ Lepas Gagal Lari Sebab Pintu Terkunci Automatik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai peniaga, risiko kecurian adalah antara perkara yang sering dirisaukan. Nak tidur malam pun kadang-kadang tak lena takut ada pencuri pecah masuk kedai. Namun, apa yang berlaku kepada pemilik kedai telefon bimbit ini pula agak melucukan walaupun ada cubaan nak mencuri.


Pemilik kedai, Manmeet Singh mendakwa seorang lelaki telah datang ke kedainya di Urmston, Greater Manchester untuk melihat iPhone 12 Pro Max, Rabu lalu, lapor Metro UK.

Walau bagaimanapun, telefon pintar keluaran Apple itu dikatakan tak ada stok di kedainya jadi dia offer ‘pelanggan’ tadi untuk tengok telefon Samsung A21S.

Namun, Manmeet terkejut apabila telefon yang dia bagi pada lelaki tadi dibawa lari. Si pencuri tu pulak cuba nak buka pintu dan bawa lari hasil pencuriannya tadi namun tak berjaya sebab pintu kedai tu tertutup secara automatik!

Jadi, dia terpaksa kembalikan semula handphone tadi untuk keluar dari situ. Pemilik kedai terbabit juga menyifatkan lelaki terbabit sebagai pencuri paling teruk.

Saya rasa kejadian ni kelakar. Saya hanya berdiri di kaunter sebab tak ada gunanya jika saya cuba buat apa-apa,” katanya.

Dia juga memberi amaran kepada pencuri tu supaya jangan datang lagi ke kedainya setelah telefon Samsung tadi dipulangkan semula. Difahamkan, pintu kedai tersebut memang boleh dikunci secara automatik dan ia boleh dikawal dari jauh.

Memang function lah kiranya kunci automatik ni kan. Min nak pasang lah satu dekat rumah. 

Sumber: Metro UK

Baca: [Video] Pencuri Cuba ‘Rembat’ Superbike Tapi Tak Reti Hidupkan, Akhirnya Acah ‘Sopan’ Tutup Balik Pagar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.