Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, everytime raya je mesti kita akan come across fesyen-fesyen pelik baju raya kan?
Selalunya kalau untuk perempuan evolusi baju tu tak lah pelik sangat walaupun kebanyakannya dah lari jauh dari yang tradisional, tapi kalau lelaki punya diubah, memang tak boleh terima langsung! Pelik sangat. Jom tengok.
5 Fesyen Baju Raya Pelik Yang Mendapat Tentangan Hebat Dari Netizen
1. Baju raya Erry Putra
Admin tak faham sebenarnya mana Erry Putra ni dapat inspirasi untuk buat baju melayu. Sebab memang pelik betul.
Tahun lepas dia keluarkan baju melayu boleh selak-selak kain macam baju kurung ibu yang nak breastfeed anak.
Tahun ni, lagi lain macam, Erry Putra tampil dengan baju melayu superhero. Siap ada cape lagi. Tak cukup dengan tu, korang boleh bukak cape untuk jadikan sejadah. Whattt
Bukan tu je, kalau rasa-rasa korang sado, korang bolehlah beli baju melayu dia yang lengan pendek. Hmm
2. Baju Melayu… Kurung
Hah? Apa tu? Kalau korang ingat, dulu ada baju melayu hipster yang guna sampin leather tu. Ingat tak?
Lepastu pereka fesyen Zery Zamry ni timbukan kontroversi lagi dengan buat baju melayu kurung. Sebenarnya, Zery nak ketengahkan fesyen kain pelikat, tapi disebabkan panjang kurta dah sampai ke lutut, memang nampak saling tak tumpah macam baju kurung.
3. “Baju melayu nate apo?”
Mungkin disebabkan kebanyakan baju melayu sekarang dah semakin slim potongannya, designer ni cuba keluarkan baju melayu yang lebih besar dan selesa untuk bergerak?
4. Baju Melayu versi oppa
Untuk korang yang nak kelihatan kasual di pagi raya, bolehlah cuba fesyen ni. Memang nampak santailah. Cuma bila pakai macam takde beza je hari raya dengan hari biasa. Kan?
5. Baju Melayu berani mati
OK baju melayu ni memang betul-betul lain dari yang lain. Kalau korang berani pakai memang admin salute lah sebab bukan calang-calang orang berani nak pakai macam ni. Tapi, one thing for sure, ketiak korang akan rasa berangin je… Hahahaha
Hm, lain orang lain taste dia kan? Kalau boleh kekalkanlah tradisi lama tu. Sebab memang dah cantik dah. Tapi kan, ada ke orang nak beli baju baju ni masalahnya?
Baca: “Ini bukan kurta, ini baju renang muslimah” – Netizen Kutuk Kurta Raya Ini Baju Terburuk Tahun 2019?