“Weh kesiannya” – Sekumpulan Gajah Hilang Tempat Tinggal Lepas Hutan Ditebang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Gajah adalah mamalia terbesar di daratan. Habitat gajah biasanya ada di hutan tebal. Akibat pembalakan yang tidak terkawal, habitat gajah semakin berkurang.

Dalam video yang admin nak share kali ni, sekumpulan gajah telah ditemui berlegar-legar dia kawasan kelapa sawit. Tak pasti sebab dah hilang tempat tinggal atau sekadar keluar mencari makan secara berkumpulan. Cuba korang tengok video oleh @therylisa kat bawah ni.

 

Kesian dekat gajah ni.

Kalau tengok video tu betul-betul, ada nampak macam kumpulan gajah tu jadi tak tahu nak ke mana, dan nampak jugak gajah tu usik-usik tanah. Boleh jadi dorang hilang tempat tinggal atau sekadar nak cari makan. Kalau fikir logik, ladang kelapa sawit bukanlah habitat asal gajah kan.

Tak kira lah apa juga yang gajah-gajah ni buat, harap pihak berkuasa dapat lindung dorang ni. Iye lah karang tak pasal-pasal ada poacher yang pegi buru gajah-gajah ni secara haram.

Boleh jadi gak. Tu yang admin cakap tadi. Mungkin gajah-gajah ni sekadar nak cari makan kan. Kalau ada antara kita ni yang faham perangai dan tabiat gajah ni harap boleh kongsi untuk penjelasan lanjut.

Alhamdulillah. Kalau ada yang betul-betul berusaha untuk wujudkan santuari macam tu sangatlah bagus. Sempat lah anak cucu cicit kita nak tengok rupa gajah sebelum pupus. 

 

Baca: “Lamanya diseksa” – Gajah Kontroversi ‘Tikiri’ Akhirnya Mati Lepas 70 Tahun Diseksa Jadi Hamba

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.