in

Waspada! Ini 5 Tragedi ‘Selfie’ Tak Bertempat Yang Mengundang Maut

Feat 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak telefon berkamera diperkenalkan dan penggunaan media sosial semakin berkembang, orang ramai makin galak nak berswafoto dan cuba untuk ambil gambar yang paling unik (insta-worthy bak kata orang) untuk di pos ke media sosial.


Tapi, apa yang menyedihkan, bila orang sanggup membahayakan diri dan ada yang bergadai nyawa semata-mata nak dapatkan gambar yang cantik.

Menurut Ranker, berdasarkan kajian pada tahun 2018, jumlah kematian golongan muda ketika mengambil selfie meningkat setiap tahun dan ia sangat membimbangkan!

Mana taknya, antara tahun 2011 hingga tahun 2017, ada 250 kematian yang dilaporkan gara-gara nak gambar cantik. Dari mati tertembak diri sendiri sampailah dibunuh oleh binatang buas. Gila betul!

Ini adalah 5 kisah selfies gone incredibly wrong:

1. Mati ketika cuba ambil selfie dengan beruang

Screenshot 2019 03 18 At 7.27.15 Pm

Menurut Independent, pada May 2018, seorang lelaki, Prabu Bhatara sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari satu majlis perkahwinan. Ketika itu, dia terserempak dengan seekor beruang. Kerana beruang itu cedera, Prabhu membuat keputusan untuk mengambil selfie bersama beruang tersebut.

Walaupun telah dihalang oleh rakannya, Prabhu tetap dengan keputusannya untuk mendekati beruang yang cedera ini.

Kerana terancam, beruang itu terus menyerang Prabhu. Prabhu mati serta-merta.

2. Letupan tak disengajakan

Images

Dua askar Rusia yang sedang bertugas di barat Siberia sedang ber-wefie bersama bom tangan. Malangnya, tanpa sengaja, bom tangan tersebut meletup ke muka mereka dan mereka mati di tempat kejadian.

Kerana kejadian ini, kerajaan Rusia telah melancarkan kempen bagi menggalakkan orang ramai untuk berhati-hati semasa ber-selfie.

3. Tertembak muka sendiri

300Px Sig Pro By Augustas Didzgalvis

Pada tahun 2016, seorang lelaki dari Washington, AS tertembak mukanya sendiri semasa sedang mengambil selfie. Lelaki berusia 43 tahun ini menyangka pistol tersebut tak mempunyai peluru.

Dia dan teman wanitanya telah mengambil beberapa selfie pada hari itu dan setiap kali mereka nak ambil selfie, mereka akan keluarkan peluru dan masukkan semula selepas ambil gambar. Dah kenapa?!

4. Pilot ambil selfie sebelum “terhumbankan” kapal terbang

Pilot Takes Selfies Moments Before Crashing His Plane Freestyle List Photo U2

Seorang juruterbang berusia 29 tahun telah membunuh dirinya sendiri dan penumpang pada tahun 2014 apabila dia mengambil selfie sambil menerbangkan kapal terbang. Kamera GoPro yang dipasang di hadapan kapal terbang tersebut menunjukkan pilot dan penumpang-penumpangnya sedang mengambil gambar dan berbalas mesej.

5. Dilanggar train lepas cuba ambil ‘selfie berani mati’ 

Three College Students Are Hit By A Moving Train During Selfie Session Freestyle List Photo U2

Di Mathura, India, tiga pelajar kolej cuba untuk mengambil “selfie berani mati” di atas landasan keretapi ketika sebuah train yang sedang laju menghampiri mereka.

Plan-nya dorang nak lompat naik bila train semakin hampir tapi dorang tersalah timing dan akhirnya dirempuh oleh train tersebut. Ketiga-tiga mereka mati di tempat kejadian.

Pengajarannya, nak ambil gambar tu boleh tapi agak-agaklah. Jangan sampai sanggup nak bergadai nyawa semata-mata nak kejar likes.

 

Baca: Wanita ‘Diserang’ Jaguar Di Zoo Lepas Cuba Panjat Pagar Untuk ‘Selfie’

Screenshot 2019 03 18 At 7.22.09 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.