Isu yang tular di media sosial kebelakangan ini mengenai warga asing yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) telah menyebabkan pihak imigresen untuk mula bertindak.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya terpaksa memberi amaran berikutan isu tersebut kerana mereka tidak serik untuk melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Sekiranya warga asing yang datang ke Malaysia masih berdegil untuk melanggar SOP, mereka boleh diusir pulang ke negara asal mereka.
“Amaran ini dibuat kerana ada di kalangan mereka yang sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka” – Ketua Pengarah Imigresen
Tambah beliau, pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan pas dan juga segala kemudahan bagi warga asing yang telah melanggar SOP negara. Bukan itu sahaja, mereka juga akan berdepan dengan kemungkinan untuk disenarai hitamkan dari memasuki negara kita.
Isu ini bermula sejak 27 Oktober lalu selepas tular video seorang wanita warga asing yang digelar ‘Karen’, yang dilihat tidak berpuas hati selepas dihalang memasuki butik mewah di KLCC kerana enggan memakai pelitup muka.
Malah terbaru, wanita sama dengan rakannya dilihat berjalan di kawasan taman rekreasi di KLCC tanpa memakai pelitup muka.
Menurut Utusan TV, Datuk Khairul Dzaimee Daud menasihatkan agar warga asing yang berada di Malaysia untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19.
Berhubung dengan itu juga, beliau turut meminta warga tempatan yang menjadi penaja ataupun majikan kepada warga asing hendaklah bertanggungjawab dengan sentiasa memastikan mereka sentiasa mengikut arahan dan juga peraturan dari pihak berkuasa.
Baca: “Tak serik2!” – Ramai Bengang ‘Karen’ Tak Makan Saman, Makin Kerap Keluar Tanpa ‘Mask’



