Memandu di Malaysia ni banyak cabarannya. Bukan sahaja kerana kesesakan lalu lintas yang teruk, tapi sebab kadang-kadang ada samseng jalan raya yang tak pasal-pasal nak susahkan hidup kita.
Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita bernama Penny menceritakan kisah malang yang menimpa apabila dia berhadapan dengan seorang samseng jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja 24 April yang lalu.
Dah beri signal tapi pemandu lori tak benarkan memotong
Dalam kejadian jam 8.40 pagi tu, Penny berada di Jalan Loke Yew menuju ke Jalan Maharajalela. Waktu tu jalan terlalu sesak jadi Penny terpaksa memotong untuk ke tempat kerja.
“Saya dah bagi signal dan sedia nak memotong sebuah lori. Waktu saya memecut untuk memotong, bila driver sebelah tu nampak tiba-tiba dia pun memecut jugak macam tak nak bagi saya potong dia. Then lori dia terlanggar belakang kereta saya, saya terpaksa hon dia supaya berhenti.”
Pemandu lori terlanggar kereta tapi tak rasa bersalah langsung
Nasib baik kereta Penny calar sikit je lepas accident kecil dengan lori tu. Tapi bila Penny confront pemandu lori tu, dia tak rasa bersalah sikit pun. Jangankan nak minta maaf, pemandu tu mula marah-marah kat Penny.
“Kau ni tak reti memandu! Macam mana kau boleh bawak kereta macam tu?” kata pemandu lori tu.
Masa kejadian, pemandu tu asyik nak salahkan Penny dan duk terjerit-jerit kat situ walaupun kat tempat awam di siang hari. Sebelum pergi, pemandu lori tu siap cabar Penny suruh buat laporan polis lagi.
Nak pukul Penny kerana ambil bukti kejadian
So Penny pun apa lagi, cepat-cepat la ambil gambar lelaki tu dan lori dia. Bila dia nampak je Penny ambil gambar, pemandu tu nampak macam nak hentikan Penny cara kasar. Waktu tu Penny cepat-cepat lari masuk kereta.
Then pemandu lori tu terus bawak lori dia pergi dari situ tapi sempat lagi menjerit kat Penny sebelum dia pergi.
Pemandu wanita masih dibuli sebab jantina
Lepas kejadian, Penny pergi balai polis Damansara untuk buat laporan polis sebab bimbangkan keselamatan dia. Tapi lepas dia sampai menangis cerita apa yang jadi kat pihak polis, pegawai polis layan Penny dengan baik cuma mereka tak boleh buat apa-apa pasal ni.
Sebabnya? Kerana pemandu tu tak cederakan Penny secara fizikal. Waktu tu Penny rasa sangat kecewa dan kesal dengan respon yang dia terima.
“Saya terfikir. Sedih kan keadaan ni? Kena tunggu saya tercedera dulu baru polis boleh bertindak. Sekarang mungkin lelaki tu terlepas walaupun dia samseng jalan raya.”
“Lepas ni dia akan jadi lebih daring dengan mangsa dia yang seterusnya. Sedihnya sampai hari ni pemandu wanita masih kena buli sebab jantina.”
Walaupun Penny tak tercedera, dia kongsikan kisah ni supaya orang ramai tak terkena macam dia lain kali. Korang kalau keluar memandu nanti, sentiasa berhati-hati di jalan raya!
Baca: [VIDEO] Lelaki Tuduh Gadis Langgar Kereta, Tapi Kantoi Habis Lepas Rakaman Dash Cam Didedahkan