in

[VIDEO] Lelaki Tuduh Gadis Langgar Kereta, Tapi Kantoi Habis Lepas Rakaman Dash Cam Didedahkan

Guy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Lelaki Tuduh Gadis Langgar Kereta, Tapi Kantoi Habis Lepas Rakaman Dash Cam Didedahkan
Icon Loader
/

Ada orang pernah menyamar jadi tukang cat atau pembeli semata-mata untuk menipu orang lain. Ada jugak yang pura-pura buat survey untuk trick orang ramai. Macam-macam cara orang zaman sekarang guna untuk menipu mangsa. Scammer tak pernah habis idea macam mana caranya nak dapatkan duit dengan mudah.



Terbaru, seorang gadis bernama Anne Faizuani ada share kat Twitter tentang seorang pemandu lelaki tiba-tiba undurkan kereta dan dengan sengaja langgar kereta dia. Lepas tu suka hati dia je main tuduh-tuduh Anne pulak yang langgar kereta dia. Dah kenapa dia ni?

Conama
sumber: twitter

Menurut Anne, kejadian ni terjadi dua hari lepas kat sebuah persimpangan kat Bangsar, Kuala Lumpur. Kes jadi kecoh kat Twitter lepas lebih 5000 pengguna Twitter share dan like cerita yang dikongsikan Anne.

Dalam rakaman dash cam berdurasi 45 saat yang dikongsi kat Twitter dia, ada sebuah kereta Proton Waja reverse slow-slow dan berlanggar dengan bahagian hadapan kereta Anne. Lepas tu pemilik kereta tu keluar dan confront Anne kononnya nak salahkan dia.

sumber: twitter

Padahal dah terang-terang kereta Anne tu tak bergerak sebab duk tunggu lampu hijau menyala. Keluar je dari kereta, lelaki tu tak periksa pun kerosakan kereta tapi terus datang nak marah-marah Anne. Anne kata dia dah buat laporan polis berkenaan kejadian tu.

Lepas je dia keluar kereta, terus datang kat saya nak salahkan saya pasal pelanggaran tu. Dia tuduh saya pulak yang langgar kereta dia kononnya sebab saya duk main handphone, kata Anne.

Efb3
sumber: blog

“Bila saya cakap yang semuanya direkodkan dalam dash cam saya, dia cepat-cepat tukar tone suara dia dan beritahu tak ada kerosakan yang jelas kat kereta saya.”

Waktu kejadian tu Anne sorang-sorang dalam kereta, so kalau takde dash cam tu, maybe dia dah kena tipu dengan lelaki scammer tu. Anne nasihatkan orang ramai supaya beli dash cam untuk selamatkan diri kita daripada kejadian tak diingini macam ni.

Ff02
sumber: twitter

Sentiasa hati-hati ketika memandu, jangan leka walau sesaat sebab kita tak tahu bila orang macam ni akan buat hal lagi.

Tonton video lelaki tu cuba nak tipu Anne kat sini:

Sumber: Twitter

Baca: Lelaki Kantoi Cuba Mencuri Tak Takut Gambar Diambil, Tak Malu Mengaku Itu Kereta Sendiri

Fsfsf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.