Seorang wanita jadi serik untuk bersolat jemaah di masjid apabila dirinya selama ini telah diperhatikan oleh seorang jemaah lain, lebih-lebih lagi daripada jemaah lelaki.
Gadis dari Indonesia yang dikenali sebagai Sasa ini, sebelum itu kerap ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Bagaimanapun, dia tak sangka bahawa dia telah diperhatikan oleh seorang individu yang dikatakan seorang ustaz.
Artikel berkaitan : “Nanti jangan beritahu mak eh” – Elly Ariffin Dedah Pernah Dicabul Oleh Seorang Ustaz
Artikel berkaitan : Betul Ke Tak Boleh Pakai Lipstik Ketika Berpuasa? Ini Kata Ustaz Wadi Annuar
Perkara itu mula diketahui apabila Sasa ada menerima surat daripada ustaz yang dikenali sebagai Zakir. Ustaz tersebut menyatakan bahawa dia jatuh hati kepada Sasa dan berhajat untuk memperisterikannya.
“Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam dan memperlakukan isteri dengan adil.”
Disebabkan surat tersebut, Sasa jadi rasa takut dan kurang selesa untuk ke masjid berkenaan serta menjengah ke ruangan komen, memang ramai netizen yang begitu risau dan takut apabila membaca surat tersebut.
Sumber : TikTok