in

Wanita OKU Dirogol Empat Kali Terpaksa ‘Tutup Mulut’, Takut Dimarahi Keluarga

Untitled Design 2022 08 10T121349.229
Gambar Hiasan

Jenayah rogol merupakan salah satu jenayah berat yang amat membimbangkan, mangsa yang pernah mengalaminya bukan sahaja boleh mendapat kecederaan yang serius malah, mereka juga akan mengalami trauma yang berpanjangan.

Lebih menyedihkan, menurut statistik Rape, Abuse & Incest National Network (RAINN), hanya lebih kurang enam peratus, iaitu lebih kurang satu perenam-belas daripada perogol-perogol, akan tertangkap dan dipenjarakan.

Baru-baru ini, seorang lelaki didakwa merogol seorang wanita berusia 22 tahun yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, di sebuah restoran makanan segera dekat Alor Setar, Kedah.

Pexels Karolina Grabowska 4379912
Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa merupakan rakan sekerjanya dan lelaki tersebut sudah melakukan perkara terkutuk itu daripada bulan Jun sehingga akhir Julai tahun ini sebanyak empat kali di tandas restoran berkenaan.

Wanita malang itu enggan membuka mulut tentang apa yang berlaku kerana takut akan dimarahi oleh keluarganya.

Bagaimanapun, kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan rakan sekerjanya itu, mangsa akhirnya menceritakan segalanya kepada ibunya.

“Mangsa menceritakan kejadian itu di rumahnya pada 31 Julai lalu dan memberitahu kali terakhir berlaku empat hari sebelum itu.

Wanita malang terbabit memberitahu kejadian berkenaan berlaku pada 4 pagi ketika dia dan rakan sedang bekerja di premis itu,” katanya.

Susulan perkara itu, pihak polis telah menahan lelaki berusia 21 tahun dan kini dia direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Hasil siasatan juga mendapati, lelaki tersebut pernah menghantar gambar-gambar lucah kepada mangsa melalui media sosial dan pihak polis kini sedang meneliti kamera litar tertutup restoran berkenaan.

Mangsa pula telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan pihak polis juga mengambil pakaian mangsa untuk siasatan lanjut.

Baca: Guru Mengaji Didakwa Atas 10 Kes Rogol & 7 Kes Jenayah Seksual Kepada Dua Beradik

Guru Mengaji Rogol