in

Wanita Menyamar Sebagai Tetamu Kenduri Kantoi Curi Wang Hantaran di Kelantan

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa majlis perkahwinan adalah acara yang paling sibuk buat semua kaum kerabat. Ada sahaja benda yang hendak diuruskan hinggakan keadaan sekeliling pun kita terlepas pandang.


Maka pada waktu beginilah ramai yang akan mengambil kesempatan dengan bertindak ‘panjang tangan’ seperti apa yang dilakukan oleh seorang wanita di Tumpat, Kelantan apabila dia menyamar sebagai ‘tetamu’ dan menyelinap masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk mencuri wang. Aik sambil menyelam minum air betul perempuan ni!

21232026 434844210250312 3953359529319770272 N
sumber: facebook
21369306 434844250250308 1565518167876128824 N
sumber: facebook

Menurut Sinar Harian, taktik penyamaran yang dilakukan oleh wanita berusia 53 tahun itu terkantoi apabila dia diberkas oleh oleh ahli keluarga pengantin sewaktu cuba melarikan diri dengan wang tunai sebanyak RM113.

Menurut bapa pengantin, Che Seman Mamat, 58, salah seorang anaknya menyedari kelakuan pelik wanita tersebut yang tiba-tiba naik ke tingkat atas sewaktu menyambut kedatangan pengantin lelaki.

Image
sumber: sinar harian

Anaknya yang berasa pelik dengan tingkah laku wanita tersebut kemudian mengekorinya dan menyedari bahawa wangnya telah hilang.

Anak saya kemudian menjerit dan wanita itu ditangkap di garaj sewaktu hendak melarikan diri.”

‘Tetamu’ tersebut kemudian ditangkap dan kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan. Selepas disiasat ternyata wanita tersebut mempunyai rekod jenayah lampau sebanyak sembilan kes berkaitan kes curi. Haih tak serik-serik lagi ke mencuri kak oi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nik Azlan Nik Ibrahim yang mengesahkan kejadian tersebut menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu bilik yang menyimpan barangan berharga sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.

Sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling terutama sekali waktu kenduri. Maklumlah semua sibuk uruskan itu ini, maka mereka ligatlah buat kerja mereka.

Baca: Dua Lelaki Kantoi Curi Buah Kelapa di Sekolah Agama Diikat di Pokok Sebagai Hukuman

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.