in

Wanita Maut Dipukul Suami Dengan Tukul Besi, Keluarga Tak Sangka Sebab Suspek Baik & Lembut

Wanita Maut Dibunuh Isteri

Seorang wanita maut dipukul suaminya sendiri dengan tukul besi dalam kejadian di kediamannya di Dungun, Terengganu semalam.

Mangsa yang merupakan peniaga runcit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka, lapor Buletin TV3.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah memaklumkan kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek sehingga membawa kepada tragedi berkenaan.

Mangsa baru setahun berkahwin

Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.

“Difahamkan berlaku perselisihan faham antara pasangan tersebut yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tahun lepas,” katanya.

Suspek yang secara tiba-tiba bertindak luar kawalan telah menyerang mangsa sehingga mengalami kecederaan parah di bahagian dahi serta wajah.

Nrywvjav Pp Cms 2023 04 05T132958.330

Suspek kemudiannya bertindak memberitahu ahli keluarga tentang perbuatannya sebelum mereka membuat laporan polis.

Dalam keadaan ketakutan dan menangis, lelaki itu memberitahu kakaknya bahawa dia telah membunuh isterinya dengan menggunakan tukul besi.

Dia kemudiannya pulang semula ke rumah sambil menangis melihat isterinya yang terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu.

Dalam pada itu, suspek yang ketakutan dilaporkan cuba membunuh diri, namun sempat dipujuk oleh keluarga dan jirannya.

Keluarga mangsa dedah suspek seorang yang lembut

Sementara itu, adik tiri mangsa tidak menyangka abang iparnya tergamak melakukan perbuatan tersebut memandangkan lelaki itu seorang yang baik dan sering mengaji.

“Abang ipar saya memang seorang yang baik, bercakap pun lembut. Tak mungkin dia ada masalah mental. Saya tak sangka dia berkelakuan sebegini,” katanya.

Jelasnya, kali terakhir berhubungan dengan mangsa kira-kira sehari sebelum kejadian kerana mangsa mahu meminjam kipas untuk bayinya yang kepanasan.

Mangsa mempunyai enam anak hasil perkahwinan terdahulu, dan seorang anak perempuan berusia 6 bulan dengan suspek.

Baca: The Stoning of Soraya M: Kisah Wanita Dihukum Mati Sebab Difitnah Suami Sendiri
Collage 52

Sumber: Buletin TV3