in

Wanita Letak ‘Hidden Kamera’ Dalam Rumah Ex, Konon Nak Tengok GF Baru Sesuai Tak Jadi ‘Stepmom’

Hidden Camera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki terkejut selepas isterinya mendedahkan dia ada memasang beberapa kamera tersembunyi di rumah bekas suaminya.


Mirror melaporkan, lelaki yang tak didedahkan identitinya itu berkongsi kisahnya menerusi laman Reddit dimana dia meminta nasihat orang ramai bagi menyelesaikan masalahnya.

There Are Lots Of Different Ways To Hold Hands 1580924115 E1642307770790
Gambar hiasan

Lelaki terbabit yang berusia 34 tahun menjelaskan, isterinya, Claire, mula berkelakuan aneh selepas mengetahui bekas suaminya, Adam yang juga bapa kepada anak Claire mula bercinta dengan seorang wanita lain kira-kira lapan bulan lalu.

“Bila Adam perkenalkan kekasih baru dia pada anak-anak, Claire jadi marah dan mengamuk. Dia berkeras mahu jumpa kekasih Adam sebab mahu tengok sama ada dia wanita yang baik atau tak untuk jadi ibu tiri kepada anak-anaknya,” kata lelaki itu.

Main Qimg D8E8C14590D8119B276Cd78441Dca12D E1642307983252
Gambar hiasan

Bagaimanapun, Claire tak puas hati dan secara senyap-senyap, dia mula memasang beberapa kamera tersembunyi di dalam rumah Adam semasa lelaki itu keluar bercuti bersama teman wanitanya.

“Claire masih ada kunci rumah Adam sebab barang anak-anak mereka masih di sana.”

Mak mertua pun tahu dan sokong

Lelaki berkenaan mendedahkan rahsia isterinya memasang kamera tersembunyi di rumah Adam terbongkar selepas dia terbaca perbualan antara isteri dan mak mertuanya. Lagi shook, mak mertua dia tahu anak dia stalk ex-husband tapi sokong pulak tindakan tu!

“Bila saya tanya pada Claire, dia kata dia buat ni semua sebab nak pastikan teman wanita bekas suaminya itu akan layan anak-anaknya dengan baik. Saya dah beritahu dia ini salah dari segi undang-undang tapi Claire kata dia hanya akan buat ni sampai girlfriend Adam tu pass vibe check,” katanya.

How To Stop Arguing With Your Husband Or Wife E1642308171650
Gambar hiasan

Kata lelaki terbabit, isu terbabit mengakibatkan dia dan Claire bertengkar selepas dia meminta Claire menghentikan aktivitinya itu. Malah, dia turut dituduh tidak menghiraukan kebajikan anak-anak tirinya.

“Saya beritahu Claire kalau dia tak buang semua kamera tu, saya bagitau Adam. Tapi dia mengamuk dan suruh saya jangan sibuk dan perbuatannya ini hanyalah untuk lindungi anak-anaknya di masa depan.”

Perkongsian lelaki berkenaan mendapat perhatian pengguna Reddit lain yang rata-ratanya menyuruh lelaki itu terus memebritahu Adam berkenaan kamera tersembunyi berkenaan. Ada juga yang mendakwa mungkin Claire masih sayangkan Adam dan dia bertindak demikian bukan untuk anak-anaknya tapi untuk dirinya sendiri.

Sumber: Mirror

Baca: “Ni toxic trait aku” – Wanita Dikecam Bagi Ikan Mati Dalam Peti Surat Ex Untuk Balas Dendam

Ikan Mati 2 E1642305418566

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.