in

“Tu dia, bibir ke karipap? – Sanggup! Demi Nak Jadi Macam Patung Barbie, Gadis Suntik Bibir 21 Kali

Untitled Design 8 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu kecik-kecik dulu mesti korang ada berangan nak jadi macam karakter kartun favourite korangkan? Hal ini turut dirasai oleh seorang wanita di Bulgaria yang ingin menjadi seperti anak patung ‘barbie’ dan sanggup buat apa sahaja untuk nampak sama seperti karakter kartun tersebut.


Atas taksubnya pada karakter berkenaan, dia telah menyuntik bibirnya supaya menjadi besar seperti kartun tersebut.

Untitled Design 7 1

Memanglah bibir barbie tu tebal, tapi tak adalah setebal sis..

Andrea Ivanova atau ‘barbie real-life‘ mendakwa dirinya mempunyai bibir terbesar di dunia selepas menjalani suntikan buat kali ke-21, lapor Daily Star.

Walaupun doktor menasihatinya supaya hentikan tabiat tersebut, Ivanova masih lagi mempunyai impian untuk membesarkan bibir tebalnya tu pada masa akan datang. Ya ampun sis, nak tebal mana sebenarnya..

Meskipun kelihatan seperti itu, Ivanova masih lagi mempunyai peminat yang ramai malah dikatakan mereka sokong pembesaran bibir Ivanova.

Bb11

Difahamkan, dia telah membelanjakan ribuan pound untuk mendapatkan bibir tersebut.

Bayangkan sekali rawatan dia akan di caj £134 (RM 718.32). Tu baru satu rawatan, ni dia buat bertahun-tahun. Agaknya berapa dia dah habis?

 

Bb2

Cantik sebenarnya dia ni dulu, lepas buat bibir terus jadi aneh.

Malah Ivanova gembira dengan bibir yang dia miliki sekarang dan dia bercadang untuk besarkan lagi.

Saya menjalani suntikan terbaru saya dua hari yang lalu (selasa). Saya berasa seronok lihat pembesaran ni tetapi beberapa doktor berpendapat bahawa ianya sudah mencukupi, walaupun saya masih mahukan yang lebih besar. – Andrea Ivanova

 

Baca: “Apa masalah budak zaman sekarang ni?” – [VIDEO] Memalukan! Sekarang Ada Challenge Kencing Dalam Seluar Pulak Di TikTok

Capture 20200506 142458 Crop

Sumber: The Sun
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.