Wanita Ini Nasihat Linda Rafar Jangan Menipu Orang, Jual Jus Rawat Kanser Padahal Mak Tengah Sakit

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kecoh di media sosial sepanjang minggu ni apabila artis Linda Rafar tidak berpuas hati dengan nurse di sebuah hospital kerajaan sebab lambat tukar cadar maknya yang sakit.

Puaslah pihak yang satu lagi pun nak defend diri sendiri sampai ada yang ugut nak racun maknya.

Fuh, bawa-bawa istighfar semua. Hal ni boleh settle elok-elok je sebenarnya.

Nasihat jangan tipu orang

Dalam orang dok berkata perihal mak Linda Rafar yang sakit tempoh hari, wanita ni pula keluarkan statement supaya artis berkenaan jangan menipu orang.

Aih, dah kenapa pula ni? Apa cerita?

Sumber: Twitter

Jus lawan sel kanser, cuma RM49.90

Di laman Instagramnya, Linda ada mempromosikan jus Uno1 Classic yang didakwa mampu membantu melawan sel kanser secara semulajadi.

Harganya pun cuma RM49.90. Kira murahlah sikit dibandingkan dengan jus-jus ‘rawatan’ lain yang dijual kat luar sana.

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Jus yang mengandungi bahan-bahan seperti daun belalai gajah, strawberi, beri acai dan air zam-zam didakwa juga boleh membantu pesakit yang ada penyakit seperti kanser, tekanan darah tinggi, diabetes dan buah pinggang.

“Ingatkan kaya sangat..”

Setuju dengan kenyataan wanita ini, ramai yang suggest Linda Rafar gunakan maknya sebagai testimoni jus yang dijual.

Bak kata diorang,  buat apa hantar mak kat hospital kalau jus tu boleh jadi ubat? Hmm..

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tak pasti kebenaran dakwaan jus yang dijual Linda Rafar ni tapi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati.

Kalau betullah jus dijual tu merosakkan lagi, apa kata pergi buat report ke Kementerian Kesihatan? Cuma dinasihatkan jangan ada pihak yang bertindak melulu sampai mengugut satu sama lain.

Baca: Bahaya! 3 Produk Jus Kesihatan Ni Diarah Dihentikan Serta Merta

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.