in

Wanita Ini Baru Tahu Kewujudan Pokok Semalu Buat Ramai Teringat Zaman Kanak-kanak

F4 Semalu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara kenangan yang ramai orang ada ketika zaman kanak-kanak ialah mandi sungai, main teng-teng dan main pondok-pondok. Selain itu, ada juga memori yang sampai sekarang tak boleh nak lupa iaitu sentuh pokok semalu sampai daunnya tertutup.


Jadi, pokok semalu ni memang dah sinonim dengan rakyat Malaysia sebab pokok ni pun senang tumbuh di kawasan yang lapang dan berumput. Kat kawasan padang sekolah memang banyak pokok ni kan. 

Namun, pokok ini nampaknya tak begitu terkenal di negara luar terutamanya di barat sebab baru-baru ini, viral di TikTok tentang seorang wanita yang dipercayai baru mengenali pokok tersebut.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi akaun TikTok marthamckayy dan mula tular di media sosial lain setelah dikongsikan semula oleh netizen di Twitter.

@marthamckayy

she is from south/central america and is nicknamed “touch me not” #plantmomaesthetic

♬ Hunnybee – Unknown Mortal Orchestra

Dalam video terbabit, boleh dilihat yang wanita berkenaan meletakkan pokok semalu itu di dalam sebuah pasu kecil yang kemudiannya diletakkan di kawasan tingkap biliknya untuk memastikan tumbuhan itu dapat cahaya matahari yang secukupnya.

Pokok Semalu 6

Selain itu, dia juga memperkenalkan tanaman terbarunya itu kepada pengikutnya di TikTok. Dia turut menamakan pokok semalunya itu dengan nama Heidi sebab pokok tu akan tertutup setiap kali disentuh. Comel je kan dia ni.

Untuk pengetahuan semua, pokok semalu juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Mimosa Pudica. Menurut Wikipedia, difahamkan, tumbuhan ini sebenarnya berasal dari kawasan Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Caribbean namun sekarang ia boleh ditemui di serata dunia.

Pokok Semalu 7

Keterujaan wanita itu dengan pokok semalu itu telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak mereka yang sering bermain dengan pokok ini ketika kecil-kecil dulu.

Pokok Semalu 2

Pokok Semalu 3

Pokok Semalu 4

Pokok Semalu 5

Teringat pulak dekat zaman sekolah dulu kan. Best betul waktu tu, tak payah fikir masalah hidup. 

Sumber: TikTok @marthamckayy

Baca: Hati-hati! Empat Pokok Hiasan Yang Viral Ini Rupanya Beracun

Pokok Semalu 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.