in

Wanita Dikecam Lepas Perlahankan Bacaan Surau, Rupanya Sebab Ada Kelas ‘Online’?

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita menegur jemaah surau agar memperlahankan pembesar suara masjid yang terlalu kuat bunyinya.


Lebih memilukan, wanita ini dikecam tanpa usul periksa oleh netizen yang menuduhnya tidak menghormati pihak masjid dan menghina agama Islam.

Aaa

Video ini pada mulanya tular di laman Twitter ini mendapat perhatian ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

Perkongsian jiran

Bagaimanapun, wanita ini bukanlah sengaja mahu memperlahankan permbesar suara masjid seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak. Untuk rekod, dia tidak pernah menegur pihak masjid berkenaan bacaan al-Quran sepanjang menetap selama 35 tahun di situ.

Menurut satu sumber, wanita ini sebenarnya merupakan seorang pensyarah dan perlu mengendalikan kelas online pada ketika itu. Namun, pembesar suara surau yang kuat sedikit sebanyak mengganggu aktivitinya itu.

Bbb

Jarak rumah pensyarah ini dari surau hanyalah memakan masa satu minit, logiklah jika pembesar suara surau jelas kedengaran dari rumahnya.

Malah wanita ini berkali-kali menjelaskan, dia hanya mahu memperlahankan pembesar suara surau, dan bukannya mahu menghentikan bacan ayat suci pada ketika itu.

“xdk isu bab dia xleh dgaq azan…hahaha….isu skrg waktu kjdian speker dpsang maximum waktu bcaan alquran waktu asar dan cikgu ni da klas online universiti…pihk jbtan agama yg swoh ckgu ni p brbncang dgn phak surau…dan pbncangan ni dh 13x kata cikgu ni…”

Untuk rekod, wanita ini sebenarnya sudah berkali-kali cuba berbincang dengan pihak surau berkenaan isu ini, namun masih belum berjaya mencapai kata sepakat.

“Hukumya makruh”

Seorang pendakwah muda, Ad-Dien ada berkongsikan pendapatnya tentang isu ini. Menurutnya, bacaan al-Quran dengan pembesar suara sehingga mengganggu aktiviti orang lain memang dimakruhkan.

Diharapkan kejadian ini membuka mata kita semua agar tidak menuduh tanpa usul periksa.

Sumber: Penang Kini

BACA: JAWI Benarkan Solat Fardu & Aktiviti Pengimarahan Dijalankan Di Masjid & Surau Mulai Hari Ini

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.