in

JAWI Benarkan Solat Fardu & Aktiviti Pengimarahan Dijalankan Di Masjid & Surau Mulai Hari Ini

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Solat fardu di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini dibenarkan mengikut kapasiti dengan penjarakan fizikal sejauh 1.5m mulai hari ini.


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata peraturan ini dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Katanya, solat jumaat di masjid dan surau termasuk kawasan dengan khemah turut boleh dibuat mengikut kapasiti. Tak cukup dengan itu, aktiviti pengimarahan seperti kuliah Subuh, kuliah Maghrib dan kuliah Dhuha turut boleh dijalankan dengan syarat yang sama, lapor Harian Metro.

Namun, pada bulan Ramadan nanti, walaupun solat Tarawih dibenarkan, ia terhad kepadas 20 rakaat dan perlu membaca surah pendek.

96369084C3301Afb49857Ff91E77Fd885F1B798323A43

Tazkirah ketika Tarawih tak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat Tarawih. Tadarus al-Quran boleh dilaksanakan dengan jumlah peserta separuh atau 50 peratus daripada kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5m.

“Qiamullail boleh dilaksanakan 30 minit sebelum waktu imsak. Pembayaran zakat fitrah secara manual atau pembayaran terus kepada amil dibenarkan di samping pembayaran secara dalam talian atau kaedah yang ditetapkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).”

Selain itu, jamuan berbuka puasa juga tak dibenarkan namun Jawatankuasa Kariah digalakkan untuk memberi sumbangan berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan dan barisan hadapan secara berbungkus dan terus dihantar ke penerima.

Moreh juga tidak dibenarkan tetapi kariah boleh membungkus makanan untuk diberikan oleh jemaah untuk dibawa pulang.

Kesemua ketetapan ini adalah tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

 

Baca: [TERKINI] Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara Tahun Ini

Screenshot 2021 03 18 At 10.39.51 Am

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.