in

Wanita Dikecam ‘Hijack’ Majlis Kahwin Kawan, Buat ‘Surprise’ Birthday Untuk Kawan Lain

Ft Hijack Majlis Kahwin Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu majlis bersanding adalah waktu yang khusus untuk pengantin, ia bagi meraikan pasangan mempelai yang sudah sah membuat ikatan sebagai suami isteri.

Jadi seharusnya majlis sanding atau bertandang itu, tumpuan perlu diberikan 100% kepada pengantin kerana persiapan pun disediakan oleh pengantin sendiri, memang malu kalau orang lain tiba-tiba masuk campur macam kes dalam video ini.


Artikel Berkaitan : Viral Kawan ‘Hijacked’ Majlis Birthday Sendiri, Photographer Nak Belanja Photoshoot Free

Artikel Berkaitan : “Baby tidur pun boleh terjaga” – [VIDEO] Pelanggan Bengang Individu Gelak Sakan Sampai Bising Satu Restoran

Berdasarkan pemerhatian, kejadian dalam video ini berlaku di Indonesia, dalam majlis sanding tersebut seorang wanita yang dikatakan sebagai bridesmaid tiba-tiba pitam kononnya kepenatan, difahamkan pengantin dan tetamu dalam dewan tersebut jadi risau dan tergamam atas apa yang berlaku.

Namun, begitu, ia rupa-rupanya sekadar prank semata-mata kerana ingin membuat kejutan kepada bridesmaid lain dan pengantin wanita juga dilihat meraikannya.

Kelakuan tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang netizen apabila melihatnya kerana dianggap tidak menghormati pengantin dan merosakkan majlis orang. Mereka sifatkan tetamu yang hadir pasti akan rasa pelik melihat kelakuan mereka.

Malah, berdasarkan pandangan netizen, pengantin lelaki dilihat seperti tidak selesa sewaktu bergambar dengan bridesmaid itu. Selain itu, mereka pelik kerana ingatkan sambutan hari jadi itu adalah untuk pengantin.

Ada juga yang menyifatkan bahawa mereka ini adalah ciri-ciri kawan yang patut kena red flag!

Screenshot 2023 09 18 124354 Screenshot 2023 09 18 124744 Screenshot 2023 09 18 124858

Hurm, mungkin ni dah penghujung majlis atau birthday girl tu ahli keluarga pengantin kot. 

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.