in

Wanita Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Buat Bising Di Restoran, Tak Hirau Pelanggan Lain

Restoran Macam Tadika Bising

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perasaan korang bila sedang tenang makan di restoran, tiba-tiba ada budak membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman?

Sudah menjadi lumrah sikap kanak-kanak yang tidak boleh berdiam diri walaupun di tempat awam tetapi ibu bapa juga perlu ada inisiatif untuk menegur anak-anaknya bukan?


Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok, dia meluahkan rasa bengang apabila tidak berasa tenang ketika makan di sebuah restoran disebabkan sekumpulan kanak-kanak yang berlari dan membuat bising.

“Restoran dah jadi macam tadika dah,” tulisnya dalam video itu.

Menerusi video tersebut, wanita itu berasa kesal dengan sikap ibu bapa yang tidak endah dengan kelakuan anak-anak mereka yang tanpa sedar telah mengganggu ketenteraman pelanggan lain di situ.

Tambahnya, dia menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengawal anak-anak di kawasan awam supaya tidak mengganggu ketenangan orang lain.

“Kalau marah nanti kita juga yang bermasalah. Tapi kalau tak marahkan kesian pula dekat customer lain,” katanya.

Adab anak-anak melambangkan siapa ibu bapa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan memberikan pandangan mengenai situasi ini.

Ada juga yang mengatakan lebih mengharapkan orang luar memarahi anak mereka kerana sudah letih memberi teguran.

Screenshot 2023 05 25 121202

Apa pendapat korang pula?

Baca: [VIDEO] Netizen Sokong ‘Statement’ Micheal Ang & Betty Rahmad Isu Cikgu Panas Anak Kena Jeling
Ft Betty Sound Cikgu Ayu

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.