in

Wanita Alami Depresi Tiba-tiba Buka Tingkap, Terjun Dari Tingkat Lima Hospital Sultanah Bahiyah

Terjun Bunuh Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Alami Depresi Tiba-tiba Buka Tingkap, Terjun Dari Tingkat Lima Hospital Sultanah Bahiyah
Loading
/

Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini? Akibat tekanan hidup yang melampau, individu yang tiada pegangan agama dengan mudahnya memilih untuk menamatkan riwayat hidup mereka.


Semalam, kecoh apabila tularnya sebuah video yang menunjukkan seorang wanita dilihat membuat terjunan dari tingkat lima bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Menurut laporan NST, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu mula disedari staf hospital apabila wanita yang berusia 34 tahun tersebut dilihat membuka tingkap dan memanjat keluar ke tebing bangunan itu.

Meskipun pengawal keselamatan di hospital cuba memujuknya untuk masuk semula ke dalam bangunan, wanita berkenaan tidak mengendahkannya dan memilih untuk membuat terjunan. Alahai! 

21766346 344390072682082 2685516444449073933 N
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan terselamat dari terjunan tersebut dan mendarat di tingkat dua bumbung hospital. Akibat dari tindakan melulunya, wanita itu patah pinggang dan mengalami pendarahan dalam kepala.

22089247 344390089348747 4466335894559437018 N
sumber: facebook
22007571 1671873406190188 8204213225159833991 N 1
sumber: facebook

Melalui siasatan polis, wanita malang itu didakwa menghidapi masalah depresi sejak Mei lepas namun tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan. Dia juga tidak bekerja dan tinggal bersama ibunya di Pendang, Kedah.

Wanita tersebut juga difahamkan telah pergi ke HSB pada waktu melawat dan seterusnya naik ke tingkat lima sebelum membuat terjunan.

21766372 1671963426181186 7007568527904972233 N
sumber: facebook
21766595 1671963489514513 3505171653711032625 N
sumber: facebook

“Keluarga wanita berkenaan ada memaklumkan bahawa dia telah keluar dari rumah pada jam 11 pagi semalam namun dia tidak beritahu ke mana dia pergi,” kata sumber.

Susulan dari kejadian ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas tuduhan percubaan membunuh diri. Jika sabit kesalahan, mangsa bakal dikenakan hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Buat masa ini, mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Sayangi nyawa anda! Kalau stress, carilah teman atau mereka yang boleh anda percaya untuk luahkan perasaan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Baca: Amah Tidak Tahan Didera Tinggal Nota Bunuh Diri Sebelum Terjun Bangunan

Amah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.