Viral di Twitter seorang gadis katanya kenal siapa Imam Mahadi! Gadis itu bagitahu di Twitter yang Imam Mahadi tu sebenarnya dalam kalangan ahli keluarga dia dan cuba untuk merahsiakan identiti individu tersebut.
Katanya tunggu sehingga tiba masanya baru nak bagitahu siapa Imam Mahadi tu.
Biar betul dia ni?
Gadis itu cakap juga yang waktu muncul Imam Mahadi nanti macam Avengers siap mengaku dia tu Lucy dan Wanda. Lain macam.
Tapi, rupanya apa yang gadis tu cakap tak betul pun bila abangnya tampil mohon maaf. Menurut abang gadis itu, adiknya menghidap penyakit Schizophrenia sejak sekolah menengah lagi dan dibawa berubat hampir setiap minggu.
“Dari segi fizikal nampak elok je sebab adik saya seorang yang sihat, periang dan selalu senyum.”
‘Hijab’ gadis itu juga sebenarnya terbuka dan boleh dengar bisikan-bisikan dari ‘makhluk halus’ sehingga kerap kali terkena histeria semasa zaman sekolah menengah.
Abangnya mohon semua warga Twitter untuk berhenti layan dan abaikan segala tweet yang adik dia dah tulis dekat Twitter. Buat-buat tak nampak jela korang.
” Dengan merendah diri saya ingin memohon semua warga Twitter berhenti kecam adik saya kerana beliau sangat memerlukan sokongan moral.”
Ruangan komen dekat tweet adiknya pasal Imam Mahadi tu penuh dengan kecaman orang ramai. Sebagai abang, sedih la bila ahli keluarga dikecam tanpa ketahui perkara sebenar.
“Saya sedih melihat adik saya diperkatakan begini tanpa usul periksa.”
Selain berhenti kecam, lelaki tersebut juga mohon warga Twitter untuk report akaun Twitter adiknya itu demi jalan penyelesaian yang terbaik.
Sama-sama la kita doa supaya gadis tersebut cepat sembuh dari penyakit tu.
Sumber : Ihsan Syakirinn