in

Walker Menggelongsor Ke Tengah Jalan, Bayi Baru Pandai Berjalan Maut Digilis Treler Tayar 10

bayi maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para ibu bapa kat luar sana, tolonglah alert dengan keberadaan anak anda kalau tak mahu perkara yang admin nak cerita ni terjadi pada bayi korang.

Menurut portal Line Today, seorang bayi maut digilis treler 10 tayar setelah walker yang dinaikinya menggelongsor ke tengah jalan. Allahuakhbar! Kejadian ini berlaku sekitar jam 3 petang di Jalan Soi Suksawat 84, Thailand.


 

Biar anak baru pandai berjalan berlegar di hadapan rumah, tak sedar walker menggelongsor

Tragedi ini dikatakan berlaku apabila ibu mangsa telah membiarkan anaknya berjalan di hadapan bangunan rumah kedai mereka yang terletak di tepi jalan.

Disebabkan keadaan jalan di rumahnya agak bercerun, walker yang dinaiki bayi itu telah menggelongsor ke tengah jalan sebelum treler kemudian datang menggilis bayi terbabit. Menurut pemandu treler tersebut, dia tidak sempat menekan brek dan gagal mengelak kerana perkara itu berlaku secara mengejut.

59781886 416623412503873 4372561382055346176 n 1

59864727 416623479170533 3834003724729057280 n

60153306 416623679170513 7100727447447928832 n
Sumber: Facebook

 

Mangsa maut akibat pendarahan yang teruk 

Sejurus kejadian tu berlaku, pemandu treler tersebut memberhentikan kenderaan untuk melihat keadaan bayi itu. Malangnya mangsa sudah meninggal dunia akibat pendarahan dan kecederaan yang teruk. Aduhai… 

59829598 416623442503870 4088351520494452736 n

59937415 416623619170519 7012970068610908160 n

59796009 416623585837189 2902449700755996672 n

60233074 416623545837193 7173659651446145024 n

59935350 416647172501497 2128541527964647424 n
Sumber: Facebook

Kejadian tersebut telah mengejutkan orang ramai dan penduduk tempatan telah cepat-cepat membawa mayat bayi lelaki itu masuk ke dalam rumah ibu mangsa.

Buat masa ini, tidak diketahui bagaimana keadaan ibu mangsa. Namun rata-rata netizen yang membaca kisah ini berharap si ibu tabah menghadapi dugaan dan jangan mudah leka dengan keadaan sekeliling tambah-tambah bila ada anak kecil di rumah.

budak
Sumber: Facebook

Semoga ibunya kuat semangat dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. 

Baca: Video: Saat Mendebarkan Bayi Yang Tidak Diawasi Merangkak Dilanggar Kereta Mengundur

langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.