in

Walaupun Negatif, Individu Yang Baru Pulang Dari Sabah Tetap Kena Jalani Perintah Pengawasan Di Rumah

Airpoer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Melaka, mana-mana individu yang baru pulang dari Sabah sebelum 11 Oktober lepas, harus  menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari, walaupun keputusan saringan pertama COVID-19 di pintu masuk antarabangsa (PMA) negatif.


Kata Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman, ia diputuskan pada Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Khas COVID-19, peringkat negeri pada Isnin. Lapor Astro Awani.

 

Sekiranya terdapat kes positif, pesakit akan terus diasingkan dan dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan segera, dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan serta menghubungi kontak rapat kes positif itu untuk ujian saringan, yang berhubung secara langsung dalam masa 14 hari.”

Perkara itu termasuk juga individu yang bekaitan kerja dalam melakukan rawatan kes positif Covid-19 tanpa memakai PPE yang lengkap dan juga individu yang duduk serumah dengan mereka yang disahkan positif.

Malah, beliau juga menyeru kepada orang ramai untuk tidak merahsiakan apa-apa butiran penting, seperti kontak dengan kes-kes positif COVID-19 atau maklumat yang berkaitan daripada pihak berkuasa.

 

Baca : [TERKINI] Paling Tinggi! 660 Kes Positif, 350 Kes Pulih & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hsham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.