in

Walaupun Dalam Kawasan PKPP, ‘Roadblock’ Masih Dijalankan Di Putrajaya

Fi Putrajya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun Putrajaya sudah berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tetapi ‘roadblock’ tetap dilakukan di sana.


Ocpd

Selain itu, pemeriksaan secara rawak juga akan dijalankan dari semasa ke semasa menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali.

Ujar beliau lagi, perkara ini bagi memastikan orang ramai dari luar tidak memasuki Putrajaya tanpa surat kebenaran dan mencegah risiko jangkitan COVID-19.

“Ini kerana Putrajaya dikelilingi Kuala Lumpur dan Selangor yang masih berada dalam PKP Bersyarat (PKPB). Jika tidak dikawal, Putrajaya akan menjadi kawasan orang ramai berkumpul.

“Sehubungan itu jika orang luar datang melakukan aktiviti di sini tanpa surat kebenaran untuk merentas, polis akan mengenakan kompaun,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau turut berkata, polis akan terus buat kawalan sebab masih ramai yang keliru terhadap kawasan berdekatan Putrajaya tetapi terletak dalam daerah lain. Sebagai contoh pusat beli-belah IOI City Mall dan Cyberjaya adalah di bawah daerah Sepang.

Presint 1 hingga Presint 20 pula terletak bawah Putrajaya. Katanya, hanya penduduk Putrajaya boleh menjalankan aktiviti dalam komuniti di kawasan terbabit.

Baca : Sekatan Rentas Negeri Mungkin Ditamatkan Pertengahan Mei Iaitu Sebelum Aidilfitri ; Pakar Epidemiologi UPM

Head Rentas N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.