Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih terhadap pemergian penyanyi lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raisuddin.
Selain rakan artis, khabar berita duka dari suaminya Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ini juga meruntun hati netizen terutamanya dalam kalangan peminat-peminatnya.
Amat sebak buat ketua kelab peminat arwah, Saif Arman kongsikan kenangan meluangkan masa bersama arwah dan kongsikan perkara-perkara baik yang arwah lakukan kepadanya.
Waktu aku kena COVID dulu pun dia orang yang tak henti tanya update.”
Pernah dijangkiti virus Covid-19, Saif dedahkan bahawa arwah adalah antara orang yang kerap bertanyakan perkembangannya dalam pada itu, Saif juga lampirkan video saat dirinya bersama arwah meluangkan masa makan bersama.
Setiap kali makan-makan, dia orang paling concern & suruh aku makan banyak. Waktu aku kena COVID dulu pun dia orang yang tak henti tanya update. ?? Ya Allah rindu pic.twitter.com/mMiNZYgNfE
— The Albatross | TTPD (@LeAlterEgo) August 8, 2021
Video ini dikongsikan semalam saat arwah sedang bertarung nyawa kerana tidak dapat menahan rasa rindunya terhadap arwah pada masa ini.
Saif juga kongsikan bahawa arwah Siti Sarah seorang yang jenis tidak memburuk-burukkan artis lain dekat peminatnya.
Ketika dihubungi oleh Team Lobak Merah, Saif menceritakan bahawa arwah tahu apabila orang lain mengutuknya, ketika Saif ingin membalas kutukan mereka, arwah hanya meminta Saif untuk berdiam diri.
Kata Saif lagi, mereka sepatutnya mahu berkumpul beramai-ramai tetapi keadaan tak mengizinkan.
“Ikutkan bulan 4 kitaorg ada plan event dengan dia tapi keadaan tak mengizinkan. Pasal orang kutuk-kutuk dia semua, dia baca. Saya selalu bagitahu nak balas balik tapi dia kata tak apa. Selalu kalau kat event dia akan ingat nama satu persatu.”
Birthday dia patut raikan dia, tapi dia sibuk suruh orang lain makan dulu. ? pic.twitter.com/yn3G0qe6tR
— The Albatross | TTPD (@LeAlterEgo) August 8, 2021
Saif juga mengatakan bahawa arwah ini seorang yang rendah diri dan easy going sampaikan orang yang tak kenal pun boleh jadi rapat. Bahkan arwah ini dikatakan seorang yang mengambil berat dengan orang sekelilingnya.
Bila aku lama menyepi busy kerja, dia tanya khabar. Kami semua akan rindu akak. Terima kasih untuk semua memori. Terima kasih.”
Kalau bab makan tak usah cakap lah, memang tak berkira langsung. Buat show dekat JB & Tangkak sampai bagi kitaorg bilik untuk tidur.”
Lebih mengharukan lagi, Saif ceritakan kepada kami bahawa arwah pernah berjanji nak bawa peminat-peminatnya untuk mengerjakan umrah tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya.
Dia pernah janji nak pergi umrah sama-sama dengan peminat dia (hearty) yang lain. Dan dia sangat excited dengan benda tu.”
Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.13 minit padi tadi (9 Ogos 2021). Kami dari Lobak Merah mengucapkan salam takziah keapda Shuib dan keluarga, semua Siti Sarah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-fatihah.
Baca : “Arwah sempat hadiahkan Ayash Affan” – Shuib Redha, Siti Sarah Pergi Lepas Bergelut Selamatkan Anak