in

Wajah Pemuda Ini Dikatakan Mirip Ashraf Sinclair, Sampai Ada Yang Suruh Jumpa BCL!

Ft Sama Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah terdengar orang selalu kata bahawa kita semua ada 7 kembar di dalam dunia ni. Namun, adakah korang percaya dengan ‘omongan’ itu atau adakah korang pernah mempunyai pengalaman bertemu dengan salah seorang ‘kembar’ sendiri di mana-mana?


Sama juga dengan kisah pemuda ini yang tular di media sosial apabila dia dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan pelakon terkenal tanah air yang berjaya menempa nama di Indonesia, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Sejauh mana kemiripannya tu? 

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di laman Instagram @Fauzi Zulkifli, jejaka yang berambut separas bahu siap berkumis dan berjanggut ini berjaya mencuri tumpuan netizen gara-gara wajahnya mirip Allahyarham Ashraf Sinclair.

 

“Kenapa nampak macam arwah…” 

Menurut pemuda ini yang dikenali sebagai Fauzi, dia dikatakan telah memuat naik video berkenaan sekadar suka-suka sahaja untuk menjawab sebuah pertanyaan yang dikemukakan oleh salah seorang netizen yang bertanya mengapa wajahnya mirip kepada Allahyarham.

Kenapa nampak macam arwah Ashraf Sinclair…

Sama

Menurut jejaka itu, dia sememangnya merupakan salah seorang peminat Allahyarham Ashraf Sinclair sejak mula menonton filem lakonannya iaitu Gol dan Gincu.

“Saya suka dengan personalitinya, pembabitannya dalam bidang seni dan bisnes serta kehidupan berkeluarga.”

 

‘Tuan badan’ pula rasa tiada persamaan 

Walaupun sering dikatakan mempunyai wajah seiras Ashraf Sinclair sejak tahun 2009 lagi, namun Fauzi ‘tenang’ menepis dakwaan itu dengan menganggap dirinya langsung tidak sama dengan wajah idolanya itu.

Saya secara peribadi tidak nampak persamaan di antara kami. Bagi saya sendiri, Allahyarham adalah jauh lebih baik jika nak dibandingkan dengan saya. 

Sama 3

Tambah pemuda itu, keadaan itu bertambah ‘serious’ setelah dia tamat bergraduasi dan menyambung pula dalam alam pekerjaan di mana kebanyakan rakan sepejabatnya kerap memanggilnya dengan nama ‘Ashraf’ berbanding nama asalnya.

Satu ofis panggil saya Ashraf berbanding nama sebenar saya.

Sama 1

 

Ada siap suruh jumpa BCL lagi

Menurut Fauzi lagi, di ruangan komen media sosialnya pula, ada juga yang sampai menyuruhnya untuk bertemu muka dengan isteri Allahyarham, Bunga Citra Lestari (BCL) yang merupakan selebriti terkenal di Indonesia.

Ujarnya, “Sebenarnya saya sendiri dulu ada impian nak bertemu dengan Allahyarham Ashraf tapi tak ada rezeki. “

 

Ada juga netizen nampak sama macam Johnny Depp!

Bukan setakat disamakan dengan Ashraf Sinclair, malah ada juga netizen yang menyamakan wajah pemuda ini dengan selebriti Malaysia yang lain iaitu Aeril Zafril dan Izzue Islam. Malah, ada juga yang mendakwa wajahnya juga mempunyai persamaan dengan pelakon Hollywood terkenal dengan wataknya dalam filem Pirrates of The Carribean, Johnny Depp!

“Tapi saya tak sangka ada kata wajah saya ada persamaan dengan Johnny Depp. Mungkin sebab style rambut. Kadang-kadang penampilan saya berbeza-beza.”

Sama Johny

Apabila ditegur mempunyai persamaaan wajah dengan mana-mana selebriti, pemuda ini jujur akui tidak tahu untuk memberikan respon yang bagaimana. Tambahnya, bukanlah dia sendiri yang ‘masuk bakul angkat sendiri’ tetapi itu merupakan pendapat dan tanggapan orang lain mengenai rupa parasnya.

Bukan setakat pujian yang diterima, malah Fauzi juga akui turut tidak terkecuali daripada menerima komen-komen negatif netizen selepas video yang dimuat naik olehnya itu tular.

Ada yang kata saya ‘perasan’. Tapi saya tak ambil hati pun sebab saya sendiri tak pernah cakap dan tak rasa wajah kami sama. 

Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Muar, Johor ini ternyata mempunyai beberapa darah kacukan. Menurut anak keempat daripada 6 beradik in, datuk di sebelah ayahnya berdarah Pakistan manakala, neneknya pula berdarah Bugis yang berasal dari Singapura.

Moyang saya berkahwin dengan seorang wanita Indonesia dan saya ada ramai kaum kerabat di sana. 

Sumber: Fauzi Zulkifli, mstar

Baca: “Nak menghiburkan anda semua” – Ini Rupa Sebenar Lelaki Termerloh Yang Dikatakan Mirip Shah Rukh Khan

Baca Mirip

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.