in

“Waduh parah ni, parah!” – Cecah 200,000 Kes Covid-19 Dengan Katil ICU & Kubur Tak Cukup, Indonesia Huru Hara!

Indonesia Gawat

Semalam, kes Covid-19 di Indonesia mencecah angka 200,000 selepas beberapa minggu mencatatkan peningkatan kes baru, lapor Jakarta Post.

Menurut data kerajaan Indonesia, petang semalam negara itu secara rasminya mencatatkan jumlah kes sebanyak 200,035 dengan 3,046 kes baru harian. Setakat ini, Indonesia mencatatkan 8,230 kematian disebabkan Covid-19 manakala 142,958 kes sembuh.

 

Katil ICU penuh, kubur tak cukup

Dengan peningkatan kes setiap hari sejak beberapa minggu lalu, Indonesia kini huru hara apabila mereka dilaporkan kekurangan katil di wad ICU hospital untuk menempatkan pesakit Covid-19.

Bukan itu saja, pada hujung minggu baru-baru ini juga kerajaan di sana menyatakan kebimbangan mereka beberapa bandar terutamanya Jakarta mengalami krisis kekurangan tanah perkuburan.

Kubur4

Malah, menurut satu laporan, Pondok Ranggon dijangka akan kehabisan ruang untuk dijadikan tanah perkuburan pada Oktober depan. Setakat ini, ruang yang tinggal di kawasan kubur berkeluasan 7,000 meter persegi itu hanya muat untuk 1,100 kubur saja lagi. Pihak pengurusan Taman Pemakaman Umum Pondok Ranggon berkata,

Nampak gayanya, kapasiti (kubur) akan menjadi kritikal pada pertengahan Oktober ini.”

Tanah kami untuk jenazah covid-19 hanya tinggal 1,100 lubang kubur untuk Muslim dan Non Muslim.”

Kubur3

 

Rakyat terus degil dan 139,000 didenda setakat ini

Meskipun kes meningkat setiap hari sejak beberapa minggu lepas, rakyat negara itu dikhabarkan masih berdegil dan ramai yang tidak patuhi SOP ditetapkan.

Mask 1

Jakarta misalnya, sudah ada lebih 139,000 individu yang dihukum kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam ketika Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) dari bulan Jun hingga September.

Kami memberi saman kepada 14,291 individu (daripada jumlah 139,201) sementara selebihnya dikenakan penalti melakukan kerja khidmat masyarakat.”

 

Perlu lebih ramai frontliners, hospital

Minggu lalu, pihak atasan Jakarta dilaporkan berharap agar mereka boleh mendapatkan 1,800 petugas medik pada minggu ini bagi menangani krisis Covid-19 di ibu kota itu. Selain itu, Jakarta juga mempunyai rancangan untuk menambah 11 hospital rujukan Covid-19 bagi menampung peningkatan kes di bandar tersebut.

Katil

Setakat ini, sebanyak 513 katil di wad ICU dan 4,054 bilik kuarantin digunakan untuk menempatkan serta merawat pesakit Covid-19 di seluruh Jakarta.

Bandar itu turut memegang rekod kes jangkitan baru tertinggi dengan 48,393 kes dan 1,317 kematian diikuti Jawa Timur dengan 36,342 kes serta 2,608 kematian.

Baca: Jakarta Alami Krisis Kekurangan Tanah Kubur, Jumlah Korban COVID-19 Terus Meningkat

Untitled Collage 5

Sumber: Merdeka.com
Sumber: MedCom