in

Vivy Yusof Rindu Uruskan Jenama dUCk, Dedah Kini Syarikat ‘Dijaga’ Oleh Orang Lain?

syaz ft 2025 08 07T133514.694

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Vivy Yusof menerusi Instagram miliknya mendedahkan syarikatnya dUCk kini bukan di bawah pengurusannya lagi.

Dalam pendedahan itu, dia juga menyatakan dia juga rindu dengan jenama itu yang telah diurusnya selama 10 tahun itu.


Artikel berkaitan: “Saya bersyukur” –  Vivy Yusof Reda Hidap SLE, Tetap Usaha Untuk Mencari Rawatan

Artikel berkaitan: Perbicaraan Tuduhan Kes Pecah Amanah Vivy Yusof & Suami Bermula 13 April 2026

cats 3

“Sempat beli dUCk di Qra! Seperti korang, saya juga rindukan dUCk tapi kini ia dijaga oleh orang lain.

Sangat janggal rasanya kerana saya sudah ‘memegang’ dUCk selama 10 tahun taapi saya yakin dengan Allah. 

Saya sentiasa redha dengan ketentuannya dan saya percayakan-Nya” tulis Vivy di IG Story tersebut.

Kenyataannya di media sosial itu sekali gus menguatkan spekulasi bahawa hak milik atau pengurusan dUCk telah bertukar tangan, meskipun tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak sehingga kini.

vivy 1

Dalam pada itu, Vivy turut berkongsi dia kini lebih bahagia dan lebih menjaga kesihatannya selain berterima kasih kepada pengikutnya yang setia bersamanya.

Jenama dUCk diperkenalkan oleh Vivy pada tahun 2014, ia bermula sebagai jenama tudung dan kemudiannya berkembang menjadi jenama gaya hidup yang lebih menyeluruh, termasuk kosmetik, alat tulis, barangan rumah dan aksesori.

Sumber: Threads

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.