in

Viral Video MPV ‘Cilok’ Jalan Dipercayai Milik Timbalan Menteri, Pemandu Tampil Beri Respon

Ft Kereta Timbalan Menteri Pototng Double Line

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral baru-baru ini memperlihatkan sebuah kenderaan MPV yang dipercayai milik seorang Timbalan Menteri ‘potong’ double line telah mendapat perhatian netizen.


Oleh sebab itu, siasatan mendapati bahawa kenderaan yang dipandu dalam keadaan bahaya itu dikatakan tengah kejar masa untuk ke lapangan terbang.

 

Nak cepat, bos dah lambat nak pergi airport

Menerusi Malaysiakini, kenderaan jenis Toyota Alphard itu pada waktu kejadian dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun. Dia bekerja sebagai pemandu kepada pemilik kenderaan tersebut.

“Pemandu yang dalam tugasan hendak cepat dan memotong kenderaan di hadapannya di samping menyalakan lampu isyarat kecemasan dan memastikan keadaan selamat sebelum memotong kenderaan dihadapannya di atas garisan berkembar tersebut.

Tambah sumber, semasa kejadian dalam video tersebut, dia memandu berseorangan dari rumahnya hendak menghala ke rumah majikan untuk dihantar ke lapangan terbang.

“Pemandu itu bertindak memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 5.50 petang.” kata sumber.

Semalam, polis Kelantan membuka siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berikutan dengan insiden ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Supt Shuhaimi Jusoh berkata kejadian itu dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Marak – Binjai, Kota Bharu, kira-kira jam 5.20 petang, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, kata Suhaimi, siasatan masih sedang dijalankan kerana lelaki tersebut terus memandu ke Kuala Lumpur selepas menghantar majikannya itu ke lapangan terbang.

 

Baca : Cop Sempadan Palsu: Orang Tengah Hadiahkan Kereta Mewah Untuk ‘Beli’ Hati Anggota Imigresen

Mewah Kereta Kau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.