in

Viral Resepi Korean Garlic Cheese Bread, Guna Roti Burger Pun Sedap!

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa sahaja jenis makanan yang diletakkan cheese, pasti akan mendapat sambutan ramai. Siapa je yang tak suka cheese kan?


Korean garlic cheese bread atau dalam bahasa Melayu, roti keju halia Korea kini semakin mendapat sambutan selepas tular di media sosial baru-baru ini.

Seorang pengguna Facebook, Mis Fiona Azua ada berkongsikan resepi Korean garlic cheese bread dengan hanya menggunakan roti burger sahaja!

Berikut adalah resipi daripada perkongsian beliau:

Bahan untuk roti:

4 roti burger yang dipotong, namun jangan sampai putus.

3 12

Bahan cream cheese:

– 1 ketul cream cheese
– 4 sudu besar gula
– 50ml susu cair

5 5

Cara penyediaan:

Masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.

Bahan garlic:

– Garlic butter
– 2 biji telur

Cara penyediaan:

Cairkan garlic butter mengikut sukatan yang dikehendaki. Kemudian, masukkan 2 biji telur ke dalam garlic yang sudah dicairkan.

Cara penyediaan Korean garlic cheese bread:

2 12

1. Ambil roti yang telah dipotong dan letak cream cheese pada celahan roti.
2. Celup roti ke dalam telur yang telah dicampurkan dengan garlic.
3. Bakar dengan suhu 170 celcius selama 15 hingga 20 minit.

Selamat mencuba!

Kredit: Mis Fiona Azua

 

BACA: Resepi Japanese Fluffy Pancake Dalam 7 Langkah, Senang Je Rupanya!

Cats 21

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.