in

Viral ‘Prank Tarik Tudung’, Polis Terima Laporan & Cuba Kesan 2 Wanita Untuk Keterangan

collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu video yang dimuatnaik oleh seorang YouTuber telah mendapat kecaman ramai selepas dia membuat prank tarik tudung wanita di tempat awam sebagai gurauan.

Ekoran ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka kerana menganggap prank seperti itu merupakan satu gangguan serta tidak menjaga sensitiviti masyarakat.


Selepas video ini mendapat perhatian ramai, pihak polis baru-baru ini mengesahkan yang pihaknya telah pun menerima laporan mengenai kejadian ini.

Screenshot 2022 07 04 172118.jpg

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah mengatakan seorang lelaki telah membuat laporan mengenai video yang dimuat naiknya itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial.”

Namun begitu, sehingga hari ini pihak polis masih belum menerima laporan dari dua wanita yang menjadi mangsa dalam video berkenaan.

Kita sedang mengesan dua wanita tersebut untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian itu.”

Screenshot 2022 07 04 172154.jpg

Untuk pengetahuan korang, YouTuber yang membuat prank tarik tudung ini difahamkan telah pun memohon maaf atas keterlanjurannya itu dengan memuat naik video di channel YouTube yang sama serta turut menjelaskan dua wanita di dalam video tersebut adalah rakannya.

Dalam video permohonan maaf itu juga, turut ditampilkan dua wanita yang memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan konten tersebut.

Memang agak sensitif bila buat konten macam ni, kalau jadi ikutan dah tak pasal-pasal…

 

Baca: YouTuber Dikutuk Tak Ada Adab Buat Content Prank Tarik Tudung Perempuan

ft tarik tudung buat content

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.