in

Viral! Pengantin Lelaki Berikan Hadiah Mas Kahwin ‘Rare’, Sepasang Ikan Laga Buat Bakal Isteri

Ft Kawin Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali korang lihat pasangan pengantin menjadikan barangan seperti wang, pakaian, al-Quran dan lain-lain sebagai hantaran mas kahwin bukan? Mas kahwin seperti itu sudah dianggap biasa disebabkan ia merupakan barangan penting yang akan digunakan kelak dan boleh disimpan sebagai kenangan.

Namun, tidak bagi seorang pengantin lelaki yang viral dari Indonesia ini. Dia memberikan mas kahwin ‘rare’ buat bakal isterinya iaitu sepasang ikan laga sebagai ‘tanda’ kasih sayangnya!


Pernikahan ‘unik’ ini telah diadakan di Kelurahan Sumur Batu di Kota Bekasi Jawa Barat pada minggu yang lepas dan berjaya tular dalam kalangan netizen yang terhibur dengan hadiah mas kahwin ‘rare’ itu.

 

Sepasang ikan laga Blue Rim sebagai mas kahwin

Memetik laporan Tribunnews, pasangan pengantin yang dikenali sebagai Indri Nita Sari, 25 dan Rizki Muhammad, 21 menjadikan sepasang ikan laga spesis Blue Rim sebagai mahar pernikahan mereka.

Kawin Ikan

Menurut pengantin lelaki, dia mendapat idea untuk menjadikan ikan laga sebagai mas kahwin disebabkan hobinya adalah membela ikan tersebut dan berniat untuk ‘kahwinkan’ sepasang ikan itu sehingga ia beranak pula.

Wow, ibarat sebuah keluarga yang lengkap lah ni.  

Kerana hobi saya membela ikan laga, nantikan mas kahwin sepasang ikan laga ini akan dibela supaya ia mempunyai anak-anak.

Kawin Muka

 

Berharga RM627, jadi kesayangan suami 

Menurut Indri, ikan laga yang menjadi mas kahwin pernikahannya itu adalah jenis Blue Rim. Sepasang ikan laga itu berharga 2.2 juta rupiah (RM627) dan menjadi kesayangan suaminya yang mempunyai minat memelihara ikan jenis itu.

Sayang aku kepada ikan laga itu seperti kasihnya aku kepada orang tersayang. 

Dalam video yang tular di media sosial itu, terdengar ijab kabul apabila wali pengantin perempuan memberitahu mas kahwinnya adalah ikan laga. Bukan itu sahaja, terdapat juga hadiah mas kahwin yang lain yang berupa perhiasan emas dan wang tunai.

Kawin Nikah

“Wahai saudara Rizki Muhammad Bin Bambang, saya nikahkan dan kahwinkan engkau kepada anak kandung saya dengan mas kahwin perhiasan emas, wang tunai dan sepasang ikan laga.”

Menurut pengantin perempuan, idea mas kahwin ‘rare’ itu memang datang dari suaminya dan dia juga sudah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara itu.

Aku ingatkan sekadar bergurau, tetapi ternyata benar ketika hari pernikahan. Aku terkejut tetapi senang dan unik saja. 

Baca: “Ni bijak namanya!” – Lelaki Jadi Viral Lepas Hadiahkan Saham Sebagai Mas Kahwin Untuk Isteri

Baca Kawin 2

Sumber: Tribunnews
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.