in

Viral Individu Dikatakan Pontianak Berubah Menjadi Manusia, Ada Paku Besar Atas Kepala

Ft Wanita Adakwa Diri Pontianak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada yang tahu pasal satu mitos bahawa jika hantu pontianak ini akan berubah menjadi cantik jika kepalanya dicucuk dengan paku besar.

Ternyata perkara itu kemungkinan berlaku kerana ada satu video temubual di negara jiran, Indonesia baru-baru ini telah tular kerana ada wanita dikatakan berasal dari pontianak, video tersebut turut mendapat perhatian netizen di Malaysia.


 

Wanita berubah jadi pontianak

Dalam temuramah tersebut, dilihat ada 3 orang panel bersama pontianak itu, salah seorangnya kongsikan kisah tentang mitos pontianak yang dipakukan untuk menjadi manusia itu adalah nyata sebelum membuktikannya dengan menunjukkan wanita yang duduk di tengah adalah contohnya.

Konon katanya, pontianak tersebut telah menjadi wanita dan hidup seperti manusia biasa. Bahkan, ‘gadis’ itu telah diberi nama Aminah.

Screenshot 2022 11 02 120622

Walau bagaimanapun, rupa dan identiti Aminah disembunyikan kerana dia memakai topeng, malah  Aminah juga berpakaian sopan dan juga dipakaikan tudung untuk menutup kepalanya.

Bagi membuktikan bahwa makhluk tersebut memang merupakan jelmaan pontianak, tudungnya dibuka dan terdapat satu paku besar yang ‘tertanam’ di kepalanya. Paku besar tersebut tepat dipacakkan di pusaran kepalanya.

“Okey yah ini bukti ya teman-teman bahwa kalau pakunya itu benar-benar ada dan tertancap di pusat pusaran gitu yah,” kata pengendali wawancara itu.

Screenshot 2022 11 02 120641

Dalam pada itu, pengendali wawacara yang menyatakan pengalamannya pernah melihat pontianak itu terus tanya mengenai rambutnya, kerana ingin tahu jika benar pontianak itu berambut panjang.

Oleh itu, bagi menjawab persoalan pengendali itu, wanita yang duduk di sebelah Aminah buka tudungnya dan tunjukkan rambut Aminah yang panjang berjurai. Rambut itu dimasukkan kedalam baju kerana terlalu panjang.

Screenshot 2022 11 02 120725

Bila disoal kenapa tak potong untuk menampakkan Aminah seperti manusia biasa, seorang lelaki yang berkopiah menjawab…

“Gak ada yang mempan guntingnya. Jadi guntingnya bisa patah. Ini karena memang rambutnya gak boleh dipotong mister soalnya kita udah coba berbagai macam cara ya.”

@vitavita_sihotang

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Malah, wanita di sebelah Aminah mengatakan bahawa rambut Aminah boleh bertambah panjang tetapi memakan masa agak lama, tegas wanita itu, ia mengambil masa 10 tahun untuk panjang 1 cm.

Bahkan, Aminah juga dikatakan lambat tua berbanding dengan manusia lain, bahkan Aminah ketika menikah dan mempunyai cahaya mata, anaknya akan lebih cepat tua berbanding dengan Aminah.

Dengan penularan video ini, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang percaya dan ada juga yang tak percaya. Hurm, agak-agak korang betul ke tak eh?

Baca : Bercakap Seorang Diri & ‘Menyisir Rambut’ Seakan Dirasuk, Gadis Ini Dikatakan Anak Pontianak?

Anak Pontianak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.