in

[VIDEO] Wartawan Dikecam Gara-gara Suruh ‘Makcik Hilang Rumah’ Posing, Rupanya Ini Kisah Sebenar…

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan banjir yang melanda baru-baru ini, ramai orang mengalami kerugian akibat barangan yang rosak dan musnah.


Antara yang mendapat perhatian adalah seorang wanita, Ruhana Mahfodz yang rumahnya hilang musnah dihanyut banjir dan hanya tinggal tangga batu ketika arus kuat melanda Hulu Langat.

Wartawan dikecam netizen

Disebalik berita sedih kehilangan rumah ini, timbul satu isu di media sosial bila video wanita ini melawat rumahnya yang hanya tinggal tangga tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh Kosmo Online di Twitter ini menunjukkan Ruhana melihat rumahnya yang hilang dihanyut arus namun kedengaran suara dari belakang mengarahkan wanita ini untuk berlakon semasa gambar dan videonya di ambil oleh wartawan.

Ekoran ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila mendengar suara yang mengarah wanita malang ini untuk berlakon lebih-lebih lagi ketika dia masih lagi sedih kerana rumahnya musnah akibat banjir.

Screenshot 2021 12 21 At 11.00.57 Am Down

“Salah faham je ni”

Ekoran kecaman yang diterima oleh wartawan yang dianggap bertanggungjawab, salah seorang ahli keluarganya telah memberikan penjelasan akan keadaan sebenar.

Dikatakan, ketika wartawan nak ambil video keadaan rumah tersebut, Ruhana dilihat kekok ketika berada di depan kamera, jadi suara mengarah tersebut bukan datang dari wartawan tapi cucu mangsa.

Malah wartawan Kosmo tersebut turut menjelaskan yang dia hanya merakam video Ruhana beberapa saat sahaja dan tak bercakap ketika membuat rakaman. Serta memberitahu suara lelaki tersebut merupakan wartawan dari portal lain.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah meminta kebenaran untuk mengambil gambar dan video serta turut dipersetujui tuan badan untuk dijadikan kenangan.

Screenshot 2021 12 21 At 11.24.51 Am

Fhdiwqyvqaadtyq 1

Kalau dah ahli keluarga sendiri cakap benda ni hanya salah faham siapalah kita ni nak lebih-lebih pula kan? Harapnya makcik ni dapat bantuan untuk bina balik rumahnya.

 

Baca: Hanya Tinggal Tangga, Wanita Sedih Rumah Pusaka Musnah Akibat Banjir

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.