in

[VIDEO] Wanita Pasrah, Suami Dijemput Ilahi Ketika Inai Masih Merah Di Jari

Suami Meninggal Lepas 26 Hari Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua tahu bahawa jodoh dan ajal adalah rahsia Allah SWT. Seseorang itu hanya mampu merancang perjalanan kehidupannya dan Allah SWT yang akan menentukan.


Kadang-kala ada perkahwinan yang harus melalui perpisahan, dan ada masa perpisahan itu agak pahit untuk kita lalui. Walaubagaimanapun, kita perlu yakin dan percaya dengan segala ketentuan yang ditetapkan olehNya.

Macam baru-baru ini. sebuah video telah tular di TikTok mengenai seorang isteri yang berkongsi kisah sedihnya apabila suaminya dijemput ilahi.

@cik_bungaofficial87

♬ suara asli – justme – justme

Menurut beberapa video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Cik Bunga, suami tersayang meninggal dunia selepas 26 hari mereka mereka mendirikan rumah tangga.

Tiada siapa menjangka janji si suami untuk menjaga isterinya sehingga ke akhir hayat itu menjadi kenyataan dalam masa yang begitu singkat sekali.

@cik_bungaofficial87

Al-Fatihah Buat Arwah SuamiKu Mohd Nazri Bin Mat Nawi 11/04/1984 – 26/10/2022…?Biey Tak Nak Sayang Tinggalkan Biey…Tapi Arini Biey Tinggalkan Sayang Buat Selamanya…Biey Kotakan Janji Untuk Jaga Sayang Sampai Akhir Hayat Biey…Ternyata Arini Janji Tu Tepat..Sem0ga Syurga BuatMu Sayang…Sayang Tak Kuat Biey ?

♬ bunyi asal – Cik Bunga? – CikBungaOfficial ?

Dalam video berasingan, dapat dilihat wanita tersebut pasrah dan redha dengan pemergian suami kesayangannya. Dia juga meluahkan rasa sebak setelah hanya bergelar isteri selama 26 hari melalui kapsyen video tersebut.

“Biey tak nak sayang tinggalkan biey, tapi harini biey tinggalkan sayang buat selamanya. Biey kotakan janji untuk jaga sayang sampai akhir hayat biey.

Ternyata hari ini janji itu tepat. Semoga syurga buatmu sayang. Sayang tak kuat biey,” tulisnya.

Inai di tangan masih merah

@cik_bungaofficial87

Hari Ke 22 TanpaMu Sebagai Suami… Sayang Rindukan Biey Sgt²…. Sayang Tak Kuat Biey,Tika Inai Masih Merah Dijari Allah Lebih MenyayangiMu Jodoh Menyatukan Kite Tetapi Hari Ke 26 Bergelar Isteri Allah Memisahkan Kite Dgn Ajal Yang MenjemputMu Ke Negeri Abadi,..Al-Fatihah SyurgaKu…Rindu Yang Tak Akan Pernah Hilang…

♬ original sound – Doc70r – Doc70r

Video terakhir yang dikongsikan oleh wanita tersebut memaparkan inai di jarinya yang masih merah daripada majlis perkahwinan mereka 26 hari lepas.

Dia juga meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung kerana terkenang akan suaminya itu.

Walaubagaimanapun, dia kelihatan redha dan pasrah setelah suaminya dijemput ilahi untuk ke negeri abadi.

Sedih betul! Semoga akak ni tabah dengan dugaan hidup yang dilalui.

Baca : Suami Menangis Masa Malam Pertama, Isteri Bisik Tanya Kenapa Rupanya Rindu Emak!

Y80U9 0 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.