in

[VIDEO] Viral Wanita Tuang Air Dalam Tren Untuk Basuh Tangan, RapidKL Minta Jangan Tiru Aksi Ini

Page Tren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemudahan pengangkutan awam di negara kita ketika ini boleh dikatakan sangat berguna untuk penduduk yang ingin bergerak dari satu tempat ke satu tempat serta menjimatkan wang.


Namun, ada juga segelintir penumpang yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan untuk merosakkan atau menyalahgunakan kemudahan yang telah diberikan.

Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai video yang dirakam oleh orang awam yang melihatkan seorang wanita dengan sesuka hati membasuh tangan di dalam tren menggunakan bekalan air dalam botolnya.

Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan. Harapan kami, jangan tiru aksi/perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren. Jangan lupa juga memakai pelitup muka dengan betul ketika menaiki pengangkutan awam.#tegursebabsayang #rapidkl

Posted by Rapid KL on Wednesday, December 1, 2021

Perkongsian ini turut dikongsikan RapidKL sendiri dengan kapsyen yang meminta jasa baik penumpang yang lain agar tidak meniru aksi yang dilakukan oleh wanita tersebut.

“Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan. Harapan kami, jangan tiru aksi/perbuatan ini ??” – RapidKL

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah meraih pelbagai reaksi dari netizen yang turut merasakan bahawa wanita tersebut tidak sepatutnya lakukan aksi sebegitu kerana tren tersebut digunakan oleh orang ramai.

Bukan itu sahaja, turut ada komen yang mengatakan bahawa wanita tersebut sepatutnya dikenakan tindakan kerana disifatkan sebagai tidak berdisiplin dengan berbuat sebegitu sehingga mengganggu keselesaan orang lain.

Komen Full

Disebabkan tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen, RapidKL turut mengambil langkah dengan memuatnaik video tersebut di semua sosial media milik mereka yang lain sebagai peringatann untuk mengelakkan penumpang melakukan aksi yang sama.

Kita kena jadi penumpang yang bertanggungjawab yaa… Walaupun hanya pengangkutan awam, tapi masih kita berkongsi dengan orang lain juga. Jadi rakyat yang menyenangkan orang lain okay?

Baca: Rapid KL Tampil Jawab Isu Puluhan Tren Terbiar Dalam Video Viral

Untitled 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.