Baru-baru ini telah tular sebuah video di media sosial, yang memaparkan seorang anggota polis trafik yang dipercayai mengantuk ketika menjalankan tugas telah menjadi perbualan warganet.
Menerusi video berkenaan, anggota tersebut kelihatan seakan-akan terlelap ketika bertugas kerana dilihat dia terhuyung-hayang semasa berdiri di bahu jalan.
https://www.facebook.com/watch/?v=674497837785430
Video yang dimuat naik ke laman Facebook itu juga menunjukkan invidividu yang merakam turut cuba untuk memanggil anggota polis berkenaan agar dia terjaga dari tidur namun tidak berjaya.
Walaubagaimanapun, kelihatan anggota tersebut masih lagi tidur dalam keadaan berdiri sambil menundukkan kepalanya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang terhadap anggota terbabit kerana keadaannya yang sedang berdiri semasa tidur ada kemungkinan bahawa anggota itu boleh rebah ke jalan raya dan dilanggar kereta lain.
Susulan kejadian itu, Pihak Polis DiRaja Malaysia Daerah Kuching telah mengambil maklum tentang insiden berkenaan yang dipercayai berlaku di Bulatan Uplands, Kuching, Sarawak pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, sebuah video berdurasi 14 saat telah dikesan pada 13 Februari yang telah dimuat naik ke media sosial memaparkan seorang anggota trafik yang kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.
“Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari 2023 di Bulatan Uplands, Kuching dan melibatkan penugasan kawalan penarikan kesesakan lalu lintas.”
“Pejabat ini akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkenaan berkaitan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Apa komen netizen?
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesian dengan situasi yang harus dihadapi oleh anggota tersebut. Ada juga yang meminta pihak PDRM untuk memantau kesihatan anggota mereka.
Kesian abang polis ni mungkin dia penat sangat…
Baca : [VIDEO] Lipat Duit Masuk Poket, Anggota Polis Trafik Didakwa Terima ‘Duit Kopi’?