in

[Video] Tular ‘Angkut’ Pokok Pisang Guna Kereta, Pemandu ‘Kantoi’ Ada 18 Saman & 4 Waran Tangkap

Ft Saman Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah klip video yang memperlihatkan sebuah kereta Toyota Vios yang ‘mengangkut’ sebatang pokok pisang di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai.



 

Bawa pokok pisang guna kereta, kacau trafik

Saman Kereta 2

Saman Motor

Pokok pisang yang diletakkan secara melintang itu dilihat terkeluar daripada cermin tingkap dan ‘menyapu’ jalan raya sehingga mengganggu trafik dan pengguna jalan raya yang lain.

Videonya yang tular itu berjaya meraih perhatian netizen sehinggakan pihak polis sendiri ada menghubungi pemilik kereta Toyota Vios itu yang berada di Singapura.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki yang berusia 30 tahun itu telah hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri untuk memberi keterangan lanjut mengenai insiden pokok pisang itu.

 

Sepupu bawak, pokok pisang untuk upacara sembahyang 

Saman Kereta

Anak pemilik kenderaan itu hadir ke balai untuk memberi keterangan dengan menyatakan kereta tersebut telah dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini.

Susulan itu, suspek telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada pukul 9.30 pagi tadi yang akhirnya membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau yang tertunggak.

 

18 saman trafik, 4 waran tangkap + 10 saman ‘non-compoundable’

Suspek yang memandu kereta tersebut bukan sahaja ‘kantoi’ mempunyai sebanyak 18 saman trafik, malah dia juga mempunyai 4 waran tangkap dan juga tambahan 10 lagi saman ‘non-compoundable’ yang masih belum selesai.

Pergh ‘gangster’ jalan raya ke ni? Banyak betul kena saman. 

Susulan itu, suspek kemudiannya telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk menyelesaikan saman tertunggaknya itu.

 

Kena saman lain, takde road tax & lesen memandu

Selain itu, dia juga dikenakan tambahan saman trafik yang baru atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Tambah Dzulkhairi Mukhtar, kenderaan itu turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan road tax tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.

Pelik-pelik je🤦🏻‍♂️. Membahayakan pengguna jalanraya lain. Lokasi : Mutiara Rini ,Johor Bahru

Pelik-pelik je🤦🏻‍♂️. Membahayakan pengguna jalanraya lain.Lokasi : Mutiara Rini ,Johor Bahru#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, November 28, 2020

Ya ampun bang jago, banyaknya salah laku trafik. Betul-betul jaguh ni. 

Baca: [Video] Berang Disaman Polis, Lelaki Pecahkan Motor Sendiri Dengan Batu Konkrit Baca Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.