in

[VIDEO] Tukang Jahit Semua Dah Full, Wanita Hantar Baju Dekat Negeri Lain Ambil Atas Kawat Berduri Sempadan

Fi Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, minggu depan kita semua dah nak menyambut hari raya Aidilfitri. Mesti ramai tak sabar kan?

Walaupun masih dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi masih ramai yang bersemangat nak sambut kedatangan Aidilfitri nanti.


 

Upahkan baju dekat negeri lain

Namun, semangat seorang wanita ini bagi mempunyai vibe raya itu wajib dipuji ramai.

Hal ini kerana, wanita yang dikenali sebagai Izzah ini sanggup menghantar baju tempahannya ke negeri yang lain. Haa jauh kan?

Sebenarnya dia menetap di daerah Besut Terengganu, dan berdekatan dengan sempadan ke negeri Kelantan.

Kisahnya apabila tiada tukang jahit yang nak mengambil tempahan di kawasannya, hinggalah dia terpaksa menghantar kepada tukang jahit yang berada di Kelantan menurut mStar.

“Kalau tak memang nak suruh mak saudara yang tinggal dekat rumah saya tolong jahitkan baju, tapi dia pun dah terima banyak tempahan. Tukang jahit lain di Terengganu ni pula kebanyakannya dah fully booked.”

@izzahramli__

Ambk bju raya norma baharu 😂 #fyp #fypdongggggggg #covid #raya

♬ original sound – IzzLim🔥 (AuraCrew) – Anak Rantau

Kelihatan Izzah terpaksa mengambil bajunya di sempadan yang terdapat kawat berduri. Semestinya ni jadi pengalaman baru untuk dia.

Posting video tersebut melalui akaun TikTok @izzahramli__ sehingga kini meraih lebih dari 20k views.

 

Nasib baik hasil tak mengecewakan

Tambahnya lagi, dia menerima baju rayanya yang telah siap dijahit di sempadan dua negeri itu pada 23 April lalu.

Selain itu, dia turut berpuas hati dengan hasil tukang jahit tersebut walaupun kali pertama berurusan dengannya. Dimaklumkan juga wanita tukang jahit itu ialah ibu kepada kawannya.

“Mama kawan saya tu dia memang dah lama jadi tukang jahit. Cuma ni kali pertama saya hantar kain dekat dia untuk dijahit. Cepat siap dan hasilnya lawa”

“Memang rezeki sayalah agaknya sebab teringat dekat mama Norshafiqa (kawannya). Kalau tidak, tak merasalah nak pakai baju baru pagi raya nanti.”

Siapa yang dah beli baju raya kat sini?

Sumber : mStar, TikTok

 

Baca : Ini Dia Koleksi Nama Unik Baju Raya Yang Dikaitkan Dengan PKP

Foot Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.